Jumaat, 13 April 2012

CIKGU FAUZI PANDAI BESI


       Pandai besi merupakan satu gelaran bagi individu yang terkenal dan mahir di dalam bidang pertukangan besi. Seseorang yang menunjukkan ketokohan dan terbukti kebolehan biasanya diakui sebagai pakar di dalam bidang tersebut. Kemahiran "Pandai Besi" tertumpu kepada usaha menempa senjata tradisonal seperti keris, kelewang chalung, parang, pedang dan sebagainya di samping menghasilkan peralatan pertanian tradisional. Peralatan menempa, motif dan ragam pertukangan serta cara membentuk senjata memperlihatkan kepakaran "Pandai Besi" itu sendiri.


             Santai dihujung minggu ini depankanta utarakan seni pertukangan besi di bengkel Cikgu Fauzi...
                   
                       Terletak di Kampong Hutan Pasir hanya beberapa kilometer dari pekan Ketereh,Kota Bharu,Kelantan.Dari jalan utama kg. berkenaan kelihatan papan tanda berhampiran kediaman Cikgu Fauzi..Bengkelnya terletak hanya dibelakang kediamannya ini....

        Pelanggan biasanya membawa sendiri besi2 yg ingin ditempa..Besi2 yg keras biasanya menjadi pilihan.

             Sekiranya pelanggan tidak membawa contoh bentuk peralatan,disini ada menyediakan berbagai sampel yg boleh dipilih...

                    Cikgu Fauzi merupakan pesara guru yg memilih bidang warisan tradisi keluarga ini untuk meneruskan kerjayanya...Kerja2 menempa besi dimulakan dengan membakar besi tersebut dalam dapur arang yg ditiup dgn blower letrik...

             Setelah besi tersebut menjadi lembut oleh kepanasan yg tinggi,cikgu Fauzi akan mula menempa mengikut bentuk yg ditempah...

           Bagi besi2 yg terlalu keras,hydraulic hammer akan digunakan untuk mengetuk besi bagi meleperkannya...Ketukan kuat mesin ini boleh menggegarkan tapak bengkel ini...

       Walaupun mesin yg berat digunakan tapi pembentukan sebenar akan dibuat ketukan secara manual...

      Beginilah keadaan dua bilah golok yg baru siap ditempa...Keadaan masih terlalu panas..

           Seterusnya kerja-kerja mencanai golok tersebut bagi membentuk mata dan melicinkan permukaan golok...

Proses akhir dan penting dalam pembuatan peralatan tajam spt golok ini ialah proses menyepuh..Kemahiran yg tinggi diperlukan untuk proses menyepuh ini bagi menentukan ketajaman dan kualiti peralatan.

Mengikut Kamus Dewan, sepuh bermaksud "mengeraskan besi dengan membakar dan mencelupkan dalam air". Bagi senjata yang memerlukan ketajaman mata seperti pisau melapah, disamping penggunaan besi baja yang berkualiti kemahiran menyepuh oleh tukang juga menjadi faktor penting. Besi yang dibakar pada suhu tinggi akan dicelup ke dalam air berdasarkan warna pada besi yang sedang terbakar. Antara bahan yang menjadi celupan ialah air, air tanah liat dan minyak hitam. Kepakaran seorang tukang besi akan lebih terserlah jika ia mahir dalam kerja-kerja menyepuh. Ini kerana dalam kontek pembuatan senjata tradisional tukang-tukang tidak mempunyai alat bagi menyukat suhu yang tepat semasa menyepuh. Mereka hanya membuat agakan berdasarkan warna besi yang terbakar, sama ada biru, putih, kuning atau pun merah.


                      Sebaik selesai menyepuh cikgu Fauzi akan mengasah golok tersebut sebagai proses akhir sebelum diuji dan diserah pada pelanggan...

                Antara koleksi hasil tangan cikgu Fauzi yg sempat dirakam...Pisau melapah daging dgn sarung berbentuk ikan arowana...Yg ini paling menarik minat depankanta..

                   Beberapa senjata/peralatan kebun yg sekarang banyak ditempah untuk  dijadikan hiasan dinding rumah...Harga yg ditawarkan oleh cikgu Fauzi sangat berpatutan dan sekiranya pelanggan ingin menunggu dan melihat sendiri cikgu Fauzi menempa peralatan yg ditempah,boleh berbincang masa yg sesuai dgn cikgu Fauzi ditalian 012-9287519

               Selamat bercuti dihujung minggu....