Sabtu, 8 Oktober 2011

BAHASA NUMIS ORANG-ORANG KELANTAN

Bahasa percakapan orang2 Kelantan memang dikenali sebagai satu bahasa yg menarik untuk didengar,apa lagi dituturkan dengan loghat yg asal..Dikalangan masyarakat Malaysia hari ini,loghat Kelantan sudah tidak asing lagi.
   Lagu dikir barat "wau bulan"(wau bule)dalam loghat  Kelantan telah menjadi nyanyian biasa semua masyarakat Malaysia.Pengalaman depankanta mendapati loghat Kelantan juga menyusup kesempadan  negeri2 yg berhampiran.
      Di Terengganu,dari Besut hingga ke Sg.Tong..Di Pahang,kedengaran dituturkan hingga ke Merapoh..Di Grik,Perak loghat Kelantan bukan bahasa asing disana..Loghat ini juga menjadi bahasa rasmi bagi penduduk Selatan Thailand,ianya dapat didengar dalam siaran Bahasa Melayu  radio dan tv Thailand.
     Untuk perkongsian bersama,bagi memperkayakan lagi bahasa.Depankanta cuba tuliskan sedikit istilah numis yg dituturkan oleh masyarakat Kelantan mengikut kefahaman depankanta.

   
 PITIS,merujuk kepada duit atau wang dan dituturkan secara meluas di Kelantan.Sebutan sebenar ialah"pitih",orang-orang Kelantan jarang menyebut perkataan akhir dgn "s"dan menggantikan dgn "h".Sayugia diingatkan bahawa orang-orang Kelantan tidak menggunakan perkataan "wang"dalam pertuturan harian,mungkin utk mengelakkan terkeliru dgn perkataan"wan"(nama orang))yg disebut "we"

   SE AMAS,merujuk kepada syiling dan nilai syiling 50 sen.Sebutannya ialah "samah"(50sen),"dua amah"(rm1),"tiga amah"(rm1.50)"...
 
 SE AMAS BERAT,Istilah unit berat ini biasa digunakan di Kelantan dan Terengganu bagi urusan jual beli emas.Ianya mungkin mula digunakan sebelum unit imperial dan metrik diperkenalkan.Hari ini unit ini masih digunakan secara meluas disini.Sebutannya ialah "samah berat"iaitu persamaan 2.551 gram.

 
 RIAL,merujuk kepada wang dan nilai wang ringgit.Sebutannya ialah "ria"huruf "l"tidak dibunyikan.Sebutan biasa,sria (rm1),dua ria (rm2),tigo ria (rm3)..Selain "ria" Perkataan ringgit juga disebut secara meluas...
 
 RIAL BERAT,merujuk kepada  unit timbangan emas yg juga masih digunakan secara meluas di Kelantan.Sebutannya ialah sria berat,dua ria berat,tigo ria berat...srial berat persamaan 2.72 gram.

 
 KEPENG,perkataan kepeng ini tidak digunakan untuk unit mata wang tapi hanya digunakan sebagai  satu bahasa sahaja bagi menggantikan perkataan nilai duit paling kecil..contoh sebutan"tak dok pitih sekepeng"..bermaksud tiada duit walau sikit pun..Perkataan kepeng ini masih popular dituturkan di Terengganu.
 
CELENG,merujuk kepada tabung simpanan duit syiling (tabung ayam)


 PITIH PISTOL,merujuk kepada syiling siri Parlimen yg kelihatan seperti pistol bila imej Parlimen  diterbalikkan

 SKELENG,merujuk duit syiling biasa..perkataan syiling juga diguna secara meluas.

 NYUCUR @ CUCUR,merujuk kepada wang baki dalam urusan jual-beli..Wang baki atau duit baki tidak digunakan dalam pertuturan di Kelantan.

          Penggunaan bahasa numis Kelantan ini biasanya juga digunakan oleh sebahagian masyarakat Terengganu cuma gaya sebutannya yg mungkin berbeza...

8 ulasan:

  1. Saya suka dengan duit-duit timah yg dipamirkan!
    Saya berharap sangat depankanta boleh promote duit-duit timah ini supaya kolektor muda akan minat duit-duit timah negeri-negeri Melayu utara yg begitu subur dengan sejarah dan kebudayaan!

    Harganya masih berpatutan!

    BalasPadam
  2. Hi depankanta,
    Memang menarik kesemua duit timah ini.
    Teruskan usaha dan semoga depankanta berjaya memperoleh lebih banyak spesimen baru :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih banyak2 Mr Dickson,
    Syiling timah masih kurang maklumat tentang beberapa perkara berkaitan sejarah kewujudannya,depankanta akan cuba usahakan untuk dikongsi bersama.Mnfaj mungkin boleh bantu,banyak koleksi syiling timah dalam koleksinya..hehe.Buat masa sekarang koleksi depankanta sangat terhad..
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson..Happy weekend..

    BalasPadam
  4. Hi whycollect,
    Syiling timah ini juga termasuk dalam kategori syiling yg banyak yang dipalsukan..Depankanta perlu menapis dgn teliti setiap penemuan memandangkan pengetahuan depankanta tentang syiling timah ini pun masih belum mencukupi.
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  5. Salam depankanta,
    Wah koleksi duit pitis depankanta juga tidak kurang hebatnya. Itulah, orang Kelantan sendiri pun sekarang tidak ramai yang tahu akan kewujudan syiling seperti ini suatu masa dahulu. Harus ada orang seperti kita yang menyimpan dan berkongsi syiling seperti ini agar dapat dilihat oleh generasi akan datang.

    BalasPadam
  6. Salam mnfaj,
    Memang betul tu,ada generasi muda Kelantan yg cakap"duit Arab"sebab ada tulisan arab(jawi).Melihat pada koleksi yg ada dan kepakaran dalam bidang ini,mnfaj lebih layak untuk mendalami tentang pitis Kelantan ini..depankanta sedia bantu sekadar yg mampu..
    Depankanta hanya baru mula mencari info tentang pitis ini..hehe
    Terima kasih banyak2 mnfaj....

    BalasPadam
  7. Dari mana asal usul perkataan samah tu ye?

    BalasPadam