Khamis, 6 Oktober 2011

COUNTERFEIT COINS

Bagi berkongsi dgn pelawat yg banyak hantar email berkaitan syiling palsu/counterfeit coins,depankanta pamirkan beberapa spesimen syiling 50 sen palsu yg ada dalam koleksi.Terdapat beberapa keping pernah dimasukkan dalam post terdahulu dan juga dari penemuan yg baru..Tanpa mengambil kira berat dan magnetic syiling ini,hanya diperhatikan ciri2 pada  permukaannya sahaja.
                               1998,terdapat garis2 berpusar"concentric circles"yg menjadi ciri2 utama pada permukaan syiling palsu.Ciri2 ini tidak ada pada syiling tulin melainkan sedikit kesan repaired die pada beberapa denominasi tertentu.
                         2000,terdapat bintik2 halus menandakan die yg tidak dipolish
                                2001,kesan dari die yg direpair dgn tangan boleh dilihat pada kelopak bunga raya dan beberapa bintik2 bubble gas muncul di beberapa bahagian field syiling.
                           2004,design imej yg kasar dapat dilihat pada bahagian bunga raya dan corak bintang pada wau pula dibuat dgn bentuk tersendiri yg jelas berlainan dgn syiling tulin
                           
                            2005,ada 3 variti syiling palsu dijumpai pada tahun 2005:
                           Variti A; Terdapat bintik kecil pada permukaan syiling dan beberapa imej hilang seolah2 filled die error...

                              2005,Variti B: Sama dgn ciri2 syiling palsu 2004 cuma ditukar pada chip tahun sahaja.

                           2005,variti C: Design bunga raya berlainan dgn variti A dan B.Kesan bintik2 halus jelas kelihatan

                                   2007,terdapat 2 variti dijumpai.Variti A: Terdapat kesan double strike pada beberapa imej tapi penampilan imej kedua(secondry image)hanya ada kesan2 bintik sahaja.Ada juga beberapa kesan repaired die yg dibuat dgn tangan.

                           2007,Variti B: Penggunaan die yg tidak bersih jelas pada beberapa imej atau buatan planchet yg tidak bermutu..

                        2008,Tempaan yg lemah,kesan pada semua imej menjadi tidak jelas secara serata.

                             2009,juga banyak bintik2 halus yg membezakan syiling  palsu dgn yg tulin.
       Rumusan tentang ciri2 syiling palsu ini terserah pada pelawat2 dan pakar2 numis mengikut pengalaman dan kepakaran masing2.Depankanta berpendapat walaupun tulisan tahun yg tertempa adalah berbagai tahun tapi ianya dibuat dalam masa yg hampir sama cuma ditukar tulisan tahun sahaja dan ianya ditempa untuk tahun terkebelakang ini terbukti bila pengumpul yg menemui syiling palsu tahun 1990an tapi masih berkeadaan cantik (BU/UNC)...bila ada syiling 2009 dijumpai ertinya syiling palsu ini masih dibuat sekitar 2009 dan 2010..

6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Walaupun mereka merupakan syiling palsu, mereka tetap boleh dijadikan sebagai rujukan.
    Terima kasih banyak, depankanta :)

    BalasPadam
  2. Depankanta,
    Awak tinggal tahun 1993 dan 2003 untuk complete satu set penuh siri Syiling 50 sen counterfeit Malaysia! syabas!
    Tahun-tahun duit palsu 50 sen yang boleh ditangkap magnet ialah :1993,1998,1999,2000,2001 2004 dan 2005!Cuba dapat satu set juga!

    BalasPadam
  3. Hi whycollect,
    Nampaknya masyarakat kita kurang perihatin tentang syiling palsu,mungkin nilai mukanya agak rendah..syiling2 ini didapati masih bebas berada dalam edaran..Disebabkan kaedah buatannya sama dgn syiling tulin,ianya telah menarik minat pengumpul utk dijadikan koleksi..
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  4. Hi Mr Dickson,
    Asyik2 kena cari set jer!.Apapun,akan diusahakan..haha
    Nasib belum menyebelahi depankanta,dalam banyak2 koleksi syiling palsu belum ada satu pun yang lekat magnet!,mungkin syiling itu tidak diedar sebelah pantai timur.
    Foto ayu Mr Dickson sudah ilek maa...haha
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson....

    BalasPadam
  5. Wah! Nampaknya syiling palsu pun ada peminatnya. Haha. depankanta berminat untuk syiling palsu yang dijumpai oleh saya? Saya sedia memberikannya kepada depankanta untuk membuat koleksi. Percuma sahaja. :D

    BalasPadam
  6. Salam mnfaj,
    Terima kasih banyak2 atas tawaran itu,saya sedia terima sebagai koleksi untuk perkongsian bersama semua pelawat...nanti boleh dilihat kalau2 ada ciri2 yg baru pada syiling palsu mnfaj...
    Salam dan terima kasih banyak2 mnfaj...

    BalasPadam