Khamis, 6 Oktober 2011

DIE PROGRESSIVE?

Fenomena die progressive biasanya dikaitkan dengan syiling2 error yg melibatkan kelemahan die,terutamanya die crack error.Syiling die progressive menjadi sangat istimewa sekiranya kita dapat kumpulkan beberapa keping yg jelas menunjukkan perubahan kerosakan yg berlaku pada die,tambah istimewa lagi sekiranya dapat dikumpulkan banyak syiling yg menunjukkan siri perubahan pada die..
      Pengumpul biasanya pamirkan fenomena die progressive ini pada syiling die crack kerana ianya jelas dapat ditunjukkan perubahan jarak/luas rekahan pada die..Keretakan yg terjadi pada die semakin lama semakin luas dan semakin panjang dan dalam masa yg sama die masih terus menempa syiling,keadaan ini akan menghasilkan satu siri syiling yg menggambarkan keretakan die dari kecil hingga menjadi semakin luas...
    Ada juga pengumpul yg mengaitkan die progressive ini pada lain-lain proses dalam pembuatan syiling spt tekanan die,pergerakan die dll.Depankanta pamirkan dalam post ini bagaimana pengunaan die yg berterusan menyebabkan kerosakan pada permukaan die yg dijumpai siri perubahan itu....

                                Syiling 5 sen 1997(keydate),die progressive menunjukkan bagaimana die deterioration terjadi pada syiling ini....
                                   Bahagian belakang syiling yg kelihatan pada imej,angka dan huruf dalam keadaan yg ditempa dengan sempurna...

                     Perhatikan perubahan yg terjadi pada syiling ini akibat pengunaan die secara berterusan...

                           Dari imej yg sempurna menjadi kabur..nasib baik dah ditukar die yg menempa syiling ini,kalau tidak?.......
Adakah perubahan/perkembangan yg berlaku pada die yg menempa syiling ini juga dikira die progressive?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan