Selasa, 4 Oktober 2011

LONELY LITTLE DOT......

Dalam siri Parlimen terdapat beberapa syiling yang mendapat keistimewaan hanya semata-mata disebabkan ada extra"dot" atau tanda titik yang terjadi dengan tidak disengajakan pada permukaannya...
      Sejak Steven Tan memberi premium yang begitu tinggi pada syiling2 ini pemburuan oleh pengumpul2 terus bermula,riuh rendah sana sini mencari "dot" pada syiling2 5sen 1982,50sen 1988 dan 50 sen 1979 yg sememangnya sukar diperolehi...pencarian ini tidak pernah berhenti dan hari ini masih mendapat tempat dikalangan pengumpul2 syiling...
        Depankanta terjumpa tanda yg hampir sama pada beberapa keping syiling 5 sen 2008 yg sebelum ini tidak dipedulikan oleh para pengumpul tambah pula kedudukannya agak terpinggir dan berjauhan dari imej yg lain menampakkan seolah tanda titik ini berada dalam "kesunyian"..

                                   Muka syiling 5 sen 2008 yg terdapat tanda titik sudut jam 4.00,berada agak jauh dari imej utama menyebabkan titiknya kelihatan agak terpinggir...
                                     
                                       Variti ini juga sepatutnya diberi perhatian...Dalam kategori syiling error,dot atau titik     ini adalah die gouge error yg sukar dijumpai....

                                  Bahagian belakang 5 sen 2008

                          Extra dot pada syiling 5 sen 1982 ini begitu pupular dikalangan pengumpul...

                        Antara syiling extra dot koleksi depankanta....
   

14 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Nanti bila duit syiling siri parlimen ini menjadi lebih popular, pasti semua spesimen extra dot inipun akan menjadi lebih bernilai.
    Hehe, apapun simpan baik2 dulu.
    Terima kasih banyak, depankanta :)

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    Harap2 begitu lah tapi sebagai pengumpul kita mengumpul untuk kepuasan kita dan kalau diberi premium tinggi untuk koleksi yg ada,itu kira rezeki..hehe
    syiling 5 sen 2008 banyak menyumbang error pada depankanta,nanti whycollect semak juga yer!
    Tima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  3. Hi depankanta,
    Terima kasih banyak atas tip yang diberikan depankanta.
    Ya, kami pasti akan menyemak semula koleksi duit syiling itu bila masa mengizinkan ;)

    BalasPadam
  4. Terima kasih whycollect,
    Kita semua macam nelayan yg mencari ikan di tengah lautan yg luas...Kalau terjumpa tempat2 yg banyak ikan kena la kongsi dgn kawan2...hehe
    Tima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  5. Salam Depankanta,

    Yang cantik,cun perfect,kita tak mahu!
    Yang berbintik,cacat,DKU-duit kurang upaya,kita berebut-rebut...
    Gilalah kita?!!??

    BalasPadam
  6. Hi Mr Dickson,
    Hahaha...gila pun banyak kategori jugak!,depankanta teringat kata2 Mr Saran Singh yg menulis dlm blog Mr Niew berkaitan hal ini"
    which is sometimes jokingly known as our second wife, because one may end up spending more time and money on this hobby than on your wife!!!. It is truly said that Numismatics is the “King of Hobbies and the Hobby of Kings”."...Isteri depankanta cakap dia akan tubuh persatuan isteri2 pengumpul syiling error"..hahaha
    Terima kasih banyak Mr Niew..

    BalasPadam
  7. salam depankanta,
    mohon untuk menggunakan gambar 5 sen extra dot depankanta dalam blog saya......

    BalasPadam
  8. Salam DarkArtz,
    Silakan..Untuk perkongsian dan pengetahuan bersama...
    Terima kasih darkArtz

    BalasPadam
  9. Salam. depankanta. lebih dari setahun saya telah mengikuti blog nie. Terima kasih atas info yg sgt berguna dan saya telah pun menjadi penggila duit syiling error. semuanya saya dapat sendiri. teringin sangat nak berkonsi syiling 20sen die clash bunga raya dan 20sen siri parlimen extra dot di bintang. tapi tak tahu mcm mana. mungkin depankanta pun ada syiling nie. saya seronok sangat bila dapat extra dot mcm yg depankanta ada kecuali 5sen 1982.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali anonymous,
      Terima kasih banyak2 atas sokongan tuan pada blog ini dan tahniah atas penglibatan kebidang syiling error.Sekarang adalah masa yg terbaik untuk mengumpul syiling2 error kerana semuanya masih dapat diperolehi dalam edaran,dijangkakan bila syiling2 siri 1 dan 2 ditarik balik dari edaran dan bertambahnya jumlah pengumpul,syiling2 error akan mula menjadi buruan.

      Syiling die clash 20 sen siri bunga raya masih dapat dijumpai terutama keluaran 2010(nanti akan dimasukkan dalam post akan datang),syiling 5 sen 1982 extra dot memang sukar dijumpai harap tuan teruskan pemburuan syiling2 yang dihajati dgn penuh kesabaran dan sekiranya ada jumpa error yg istimewa dapat kita kongsi bersama...

      Salam dan terima kasih anonymous...

      Padam
    2. Terima kasih depan kanta. Saya sangkakan hanya syiling 50sen 2010 sahaja yang ada die clash rupa-rupanya 20sen 2010 pun ada. mcm mana dgn syiling 10sen 2011. saya ada jumpa 3 keping. tapi mcm tahi lalat besar. rugilah tak dpt ambil gambar.satu hari saya kena belar juga nie. mmg byk syiling yg pelik-pelik saya jumpa. siri parlimen dan bungaraya. tapi bukan syiling beli. walau apa pun terima kasih sekali lagi.

      Padam
    3. Terima kasih kembali anonymous,
      Kita sama2 belajar dan berkongsi tentang syiling error yg merupakan bidang ilmu sains numismatik yg masih belum begitu popular di negara kita..Sila ikuti posts tentang syiling die clash nanti..tqvm

      Padam
  10. salam depankanta.. saya rasa pada syiling 5sen tahun 2005 pun ada extra dot.. sebab saya ada 3 keping dalam simpanan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr mohd sukri,
      Extra dot bukan lah kategori error, ianya adalah gelaran untuk error yang wujud berbentuk "dot" yang mungkin dalam kategori sebenar die chip atau die gouge...Penemuan lebih dari sekeping adalah menarik kerana ianya akan membuktikan syiling tersebut adalah samada variety atau die error...Penemuan "extra dot" pada syiling 5 sen 2005 wajar di daftarkan bagi menambahkan senarai syiling extra dot Malaysia...Terima kasih tuan..

      Padam