Isnin, 15 Oktober 2012

RIM BURR

       Rim burr merupakan satu formasi dalam kategori rolling fold error.Banyak rujukan yang ditemui telah meletakkan kedua kategori ini sebagai satu persamaan.Melalui beberapa pemerhatian dan keterangan depankanta berpendapat ciri2 yang membezakan kedua istilah ini ialah pada saiz dan bentuk kerosakan syiling yg terjadi.

       Rolling fold error biasa dikaitkan dgn kesan lipatan logam sisi yang hanya melibatkan bahagian rim kerana logam yg terkeluar adalah bersaiz kecil.
       Istilah Rim burr pula diberi bila keadaan logam yang terlipat adalah lebih besar melepasi rim dan termasuk kedalam field planchet.Syiling 50 sen 1999 yang dipamirkan oleh rakan blogger nsdkcoins merupakan spesimen rim burr yg baik untuk perkongsian.

            Bagi melanjutkan perkongian spesimen rim burr yang juga dikenali dgn nama blanking burr,dipamirkan syiling 50 sen 1997 yang menampakkan terdapat persamaan bentuk dgn syiling yg dipamirkan oleh nsdkcoins.

       Bahagian muka syiling 50 sen 1997,rim burr terjadi sekitar kedudukan jam 7

         Pemerhatian pada bahagian atas dan sisi bagi membezakan istilah rim burr dan rolling fold.



      Kronologi kejadian rim burr.
            1. Pada peringkat pemotongan logam untuk dijadikan blank,terjadi kerosakan pada sisi menyebabkan sedikit logam nipis terjulur keatas spt lidah atau sirip..

             2. Logam nipis yang terjulur itu dilipat semasa pembentukan upsetting rim atau proto rim.Bagi istilah rolling fold kesan hanya setakat ini sahaja.

             3.  Baki logam yg masih ada dilipat pula oleh working die semasa proses penempaan menyebabkan ianya menjadi rata dibahagian field syiling.(tetapi masih kelihatan garis pemisah antara logam yg terlipat dgn logam planchet)
 

      Dari sisi ini lah kerosakan syiling rim burr bermula..Error ini dibawah ketegori utama planchet error..

            Spesimen rolling fold yg pernah dipamirkan, perhatikan kesan lipatan hanya terjadi sekitar rim sahaja.

         Sebahagian nota diatas adalah pendapat depankanta sahaja,sekiranya pelawat ingin berkongsi dgn pembetulan dan penambahan adalah dialu2kan...