Ahad, 19 Februari 2012

EXTRA DOT SIRI PARLIMEN

Syiling extra dot terus mendapat perhatian oleh pengumpul.Tiga variti istimewa yg sering menjadi perhatian pengumpul ialah 5 sen 1982,50 sen 1979 dan 50 sen 1988.Antara variti ini syiling 50 sen 1988 didapati agak banyak dipamirkan untuk dijual dalam internet dan nilainya pun adalah terendah dalam ketiga variti itu.

         Bila ditelitikan sebab yg menjadikan tanda "dot"pada syiling2 ini,besar kemungkinan adalah kerana tertusuk alat yang digunakan untuk mencuci die lalu meninggalkan kesan berlubang pada die dan ini akan menjadikan kelihatan timbul tanda titik pada syiling.Dalam kategori error sebenar syiling ini adalah termasuk dalam die gouge error.

           Dipamirkan ketiga syiling die gouge error @ extra dot yg popular dalam siri Parlimen.


                            5 SEN 1982         keluaran 118,593,833

                          50 SEN 1979                        keluaran 5,361,146

                           50 SEN 1988               keluaran 26,788,183

  Depankanta berpendapat syiling2 telah mendapat premium yg istimewa kerana jumlah yg tertempa extra dot adalah terkawal dan dapat dianggar jumlahnya,lantaran pakar numismatik Malaysia Mr Steven Tan telah   memasukkan premium istimewa ini dalam katalog  beliau.