Khamis, 1 Disember 2011

DIE CLASH 2011

Syiling 50 sen 2011 pada mulanya dijangka akan termasuk dalam kategori rare atau keydate kerana pada awal edarannya terlalu sukar diperolehi terutama di kawasan Pantai Timur Semenanjung,namun sejak kebelakangan ini didapati agak mudah diperolehi mungkin stok baru telah dikeluarkan atau cara agihannya dibahagi pada beberapa peringkat tertentu....
      Dalam membelek2 syiling 50 sen 2011 ini,depankanta terjumpa sekeping yg ada kesan die clash yg agak ketara pada kedua permukaannya...
                                Bahagian muka (obverse) syiling 50 sen 2011,kesan die clash yg agak ketara...


                             Bahagian belakang juga terdapat kesan yg sama....

        Dengan penemuan kesan die clash pada syiling 2011 ini menggambarkan bahawa fenomena berlaku pertembungan(clash)antara die ini adalah satu fenomena yg tidak dapat dielakkan dalam proses penyilingan,ianya boleh terjadi pada semua denominasi dan pada setiap tahun keluarannya....