Rabu, 14 Mac 2012

5 SEN S3M & LATHE LINES

Penemuan syiling2 lathe lines bermula seawal pengeluaran syiling moden pertama Malaysia,iaitu syiling 50 sen 1988 dan 5 sen 1973 kemudian diikuti syiling siri kedua 5 sen 2010 dan 20 sen 2007.Kini syiling S3M (siri ke3 Malaysia atau Malaysia 3rd Series) juga dikesan masih meneruskan fenomena ini.

       Beberapa keping syiling 5 sen S3M 2012 dijumpai terdapat kesan lathe lines yg membentuk concentric circles.Penemuan ini menimbulkan persoalan adakah garis2 ini adalah disebabkan oleh lathe machine atau kesan dari permukaan die yg dibaiki dan tidak dipolish dgn sempurna atau repaired die error.

                     Kesan lathe lines yg ketara pada bahagian muka syiling 5 sen S3M 2012.

                         Dipamirkan berbagai sudut untuk memudahkan pemerhatian...






            Depankanta sempat kumpulkan 7 keping syiling 5 sen 2012 yg mempunyai ciri2 lathe lines
                 Fenomena ini tidak pula terjadi pada bahagian belakang syiling........