Rabu, 14 Mac 2012

5 SEN S3M & LATHE LINES

Penemuan syiling2 lathe lines bermula seawal pengeluaran syiling moden pertama Malaysia,iaitu syiling 50 sen 1988 dan 5 sen 1973 kemudian diikuti syiling siri kedua 5 sen 2010 dan 20 sen 2007.Kini syiling S3M (siri ke3 Malaysia atau Malaysia 3rd Series) juga dikesan masih meneruskan fenomena ini.

       Beberapa keping syiling 5 sen S3M 2012 dijumpai terdapat kesan lathe lines yg membentuk concentric circles.Penemuan ini menimbulkan persoalan adakah garis2 ini adalah disebabkan oleh lathe machine atau kesan dari permukaan die yg dibaiki dan tidak dipolish dgn sempurna atau repaired die error.

                     Kesan lathe lines yg ketara pada bahagian muka syiling 5 sen S3M 2012.

                         Dipamirkan berbagai sudut untuk memudahkan pemerhatian...






            Depankanta sempat kumpulkan 7 keping syiling 5 sen 2012 yg mempunyai ciri2 lathe lines
                 Fenomena ini tidak pula terjadi pada bahagian belakang syiling........

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Memang agak ketara kesan garisan ini kelihatan pada syiling yang dipaparkan.
    Nampaknya kesan sedemikian akan terus berlaku memandangkan bertapa senang sekali logam tercalar jika terkena benda keras.
    Terima kasih banyak, depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Bila melihat kesan garisan begini dijumpai terjadi pada ketiga2 siri syiling Malaysia,depankanta rasa pakar2 kita perlu melihat semula samada ianya akibat lathe machine atau kesan repaired die.

      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam