Selasa, 13 Mac 2012

S3M atau M3S

Syiling Malaysia siri ketiga sudah beberapa bulan berada dalam edaran.Biasanya bagi memudahkan pengenalan para ahli2 numismatik akan merujuk pada lambang yang menjadi tarikan utama pada syiling berkenaan bagi menyatakan sirinya seperti "siri Parlimen" bagi siri pertama (1967-1988) dan "siri Bunga raya" bagi siri kedua (1989-2011),semua ini terjadi secara spontan tanpa apa2 arahan dan masyarakat Numismatik rata2 setuju dgn istilah ini yg dilihat bersesuaian.

       Bagi siri ketiga pula,walaupun belum ada satu gelaran yg popular namun telah ada beberapa blogger menamakannya M3S atau Malaysia 3rd Series,atau dalam Bahasa Malaysia  S3M iaitu Siri keTiga Malaysia.Sehingga sekarang nampaknya sudah ramai para blogger mula menyesuaikan diri dgn istilah ini.

       Bila bercakap tentang syiling Malaysia siri ketiga ini,satu perkara yg menarik perhatian, iaitu beberapa simbol yg dikaitkan dengan Bendera Israel atau lebih tepat lagi lambang star of david.Depankanta melihat perkara ini masih samar sehingga ianya benar2 telah dibuktikan.Bagi depankanta lebih berminat untuk memperkatakan iaitu pada keseluruhan imej dan simbol yg ada pada semua denominasi S3M ianya tidak dapat menggambarkan identiti Malaysia dengan hanya sekali pandang.Mungkin rekabentuk atau corak yg dipaparkan tidak mewakili corak tradisi yg popular dikalangan masyarakat Malaysia.

     BNM yg diamanahkan untuk menguruskan pengeluaran syiling S3M ini sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam yg sangat peka dgn apa jua simbol yg berkaitan dgn negara Israel,pengeluaran S3M dilihat telah mencetuskan seribu satu perbahasan dan polemik antara blogger yang tentunya akan meletakkan keadaan yg tidak selesa disebabkan pengeluaran S3M yg sepatutnya disambut dgn gembira.

    Pada awalnya depankanta lebih suka mengambil sikap terbuka dan menganggap semua ini adalah hanya satu kebetulan yg malang.Namun bila ditaip saja perkataan "syiling baru Malaysia"dalam carian google,maka akan terpapar terlalu banyak blog2 yg memperkatakan tentang keanehan simbol syiling Malaysia siri ketiga ini.Sebagai blogger yg terlibat dgn syiling Malaysia depankanta berpendapat,bila terlalu ramai yg memperkatakannya ada pihak yg sepatutnya tampil memberi penjelasan.


                 ADAKAH PERMUKAAN SYILING INI BERIDENTITIKAN TRADISI MALAYSIA?

2 ulasan:

  1. Freemansory = iluminati = New World Order = One World Government

    Itulah agenda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Mr Fakhirin,
      Nampaknya syiling S3M ini penuh kontroversi dikalangan blogger sosial dan blogger politik yg mendominasi dunia blogger Malaysia.Keadaan ini tidak sepatutnya terjadi kerana proses mereka bentuk syiling tentunya telah melibatkan berbagai pihak dan mengambil kira semua pandangan.

      Sekiranya keadaan terus menjadi riuh rendah berkenaan simbol pada syiling S3M ini,mungkin juga kerajaan terpaksa tarik balik dan mengekalkan yg lama spt Skim SBPA yg ditarik semula dan dikekalkan skim SSM..

      Terima kasih banyak2 Mr Fakhirin

      Padam