Ahad, 4 November 2012

20 SEN 1967,LAMINATIONS

            Lamination error merupakan kategori error yg unik dan jarang dijumpai.Lamination merupakan sub-kategori dari planchet error dimana ralat yang terjadi adalah pada masa proses penyediaan planchet.
   
           Syiling Malaysia siri pertama (1967-1988) dan siri kedua (1989-2011) selain dari denominasi 1 sen adalah diperbuat dari adunan logam (aloi) copper dan nickel.Semasa proses mengadun logam ini terdapat benda asing spt minyak,gas,gris dsb yg termasuk dalam adunan ini dan berada dibawah lapisan planchet yg nipis.Lapisan nipis itu akan tertanggal lalu meninggalkan permukaan planchet spt tersiat atau mengelupas.

    Secara lebih spesifiknya para pengumpul telah mengklasifikasi lamination error kepada enam sub-kategori

               1 Loss before strike
               2. Loss after strike
               3.Lamination cracks
               4.Retained laminations
               5.Folded over before strike
               6.Lamination within clad layer

          Bagi kita yg masih bertatih dalam mengenali dan menyusun berbagai kategori error,cukup sekiranya kita dapat mengenali kategori utama atau pecahan pertamanya dan dgn beransur-ansur mempelajari hingga dapat menguasai perbagai sub-kategori syiling error yg begitu menarik....

               
                           Bahagian belakang syiling 20 sen 1967,lamination dikesan dgn adanya kesan seolah2 disiat atau mengelupas.Kesan ini merupakan ciri utama pada lamination error dan dapat dilihat pada semua enam sub-kategori diatas...
               

                            Tanda kuning kesan spt disiat atau mengelupas dan tanda merah adalah kesan lapisan logam yang telah tersopek keluar..Bagi kategori lamination error yg terjadi secara major atau ketara akan menjejaskan  berat syiling kerana sebahagian logamnya telah terkeluar....

               Bahagian belakang syiling 20 sen 1967 dengan kesan lamination,depankanta mengagak sub-kategori yg sesuai utk lamination ini adalah "retained laminations" kerana terdapat kesan lapisan yg tersopek masih berada pada permukaan syiling....

                   Bahagian muka syiling 20 sen 1967....