Rabu, 11 April 2012

DIE CHIP?, DIE GOUGE?,WORN DIE?

Antara yg sering terkeliru antara syiling error adalah die chip error dan die gouge error.Walaupun keadaan yg dilihat pada syiling adalah hampir sama tetapi bagaimana dua keadaan ini terjadi sangat berbeza.

         Sekeping syiling 50 sen 2005 dgn variti bunga raya yg kasar ini dijumpai terdapat beberapa tompokan logam seolah2 kesan die chip tetapi ianya dijumpai terjadi juga melibatkan bahagian fields permukaan syiling yg menyebabkan kemungkinan adalah die gouge error.

                Bahagian belakang syiling 50 sen 2005,terdapat tompokan logam yg timbul pada permukaan.

          Keadaan tersebut hanya terjadi pada bahagian belakang syiling....

             Sekiranya kesan ini adalah die douge error tentu ianya unik kerana banyak tompokan yg ada.

                 Die chip juga tidak pernah dijumpai terjadi pada fields syiling,biasa dijumpai adalah pada huruf,angka atau imej syiling...Kemungkinan ianya error lain bawah sub-kategori die errors?
     Syiling2 begini wajar dikongsi bersama pakar2 syiling error....
          Perkongsian pengalaman dgn sifu syiling error Mr Dickson Niew memberi pendapat kemungkinan fenomena ini adalah worn die error (lihat komen).