Rabu, 11 April 2012

DIE CHIP?, DIE GOUGE?,WORN DIE?

Antara yg sering terkeliru antara syiling error adalah die chip error dan die gouge error.Walaupun keadaan yg dilihat pada syiling adalah hampir sama tetapi bagaimana dua keadaan ini terjadi sangat berbeza.

         Sekeping syiling 50 sen 2005 dgn variti bunga raya yg kasar ini dijumpai terdapat beberapa tompokan logam seolah2 kesan die chip tetapi ianya dijumpai terjadi juga melibatkan bahagian fields permukaan syiling yg menyebabkan kemungkinan adalah die gouge error.

                Bahagian belakang syiling 50 sen 2005,terdapat tompokan logam yg timbul pada permukaan.

          Keadaan tersebut hanya terjadi pada bahagian belakang syiling....

             Sekiranya kesan ini adalah die douge error tentu ianya unik kerana banyak tompokan yg ada.

                 Die chip juga tidak pernah dijumpai terjadi pada fields syiling,biasa dijumpai adalah pada huruf,angka atau imej syiling...Kemungkinan ianya error lain bawah sub-kategori die errors?
     Syiling2 begini wajar dikongsi bersama pakar2 syiling error....
          Perkongsian pengalaman dgn sifu syiling error Mr Dickson Niew memberi pendapat kemungkinan fenomena ini adalah worn die error (lihat komen).

4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Haha, satu isu yang selalu dibahaskan para pengumpul syiling variety.
    Sila rujuk kepada satu tred yang menarik berkenaan dengan isu ini.
    http://www.cointalk.com/t202479/
    Terima kasih banyak, depankanta.
    Apapun simpan dulu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Masalah utama kita ialah untuk menyesuaikan nota2 keterangan tentang syiling error dengan apa yg ada pada penemuan kita.Dalam blog pakar2 kita spt Nucoins dan Mr Dickson banyak tertulis berkaitan kejadian syiling error dgn contoh2nya sekali tetapi bila kita ada penemuan baru terpaksa kita mencari perkongsian dan mendapatkan pandangan dari rakan2...

      Link yg disaran oleh whycollect itu sudah layari,nampaknya kekeliruan tentang die chip dan gouge ini berterusan dan terjadi pada semua peringkat.Jawapan yg sebenarnya hanya berada dalam kilang syiling....

      Terima kasih banyak2 Whycollect...

      Padam
  2. Ini lebih rupa seperti Worn Die Errors!
    Bererti tempaan ini dilakukan oleh die yang sudah usang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mr Dickson,
      Selalu dilihat bila worn die terjadi ianya akan menjejaskan keseluruhan permukaan die,nampaknya bila die sudah usang macam2 boleh jadi!haha

      Perkongsian pengalaman dan pengetahuan dgn sifu2 penting bagi mengetahui tentang sebab2 terjadi berbagai error.Mungkin pengalaman Mr Dickson telah membantu pengenalan error syiling ini.

      Terima kasih banyak2 Mr Dickson..(sedikit pindaan telah dibuat pada post ini)

      Padam