Khamis, 12 April 2012

SYILING ASID

       Dalam situasi yang sangat meragukan dipamirkan sekeping syiling yg telah terbiar sekian lama dengan kesan PMD yg dahsyat.Biasanya pakar2 syiling error kategorikan Post Mint Damage (PMD) kepada dua kategori iaitu kerosakan yg disebabkan buatan manusia samada sengaja atau  tidak sengaja DAN kerosakan disebabkan faktor alam semujadi.

      Sekeping syiling 1 sen 1971 ini dijumpai dgn kesan yg sukar diramalkan samada ianya buatan manusia yg meletakkannya kedalam larutan asid atau ianya tertanam terlalu lama didalam tanah.

                Bahagian belakang syiling 1 sen 1971,pengamatan yg sangat teliti diperlukan utk memastikan tahun keluarannya....sekali pandang syiling ini kelihatan dari zaman pra-sejarah...haha

            Kedudukan imej dikedua permukaannya masih timbul dan bila disuakan magnet syiling ini tidak tertarik,ianya jelas syiling copper...

                   Yang menjadikan syiling ini sangat istimewa ialah saiz diameternya lebih kecil dari siri Parlimen biasa selain ketebalannya yg sangat nipis....


                  Bila diletakkan syiling ini keatas syiling 1 sen biasa,jelas menampakkan perbezaan saiz yg menyebabkan rim syiling dibawah keseluruhannya nampak dgn jelas...

          Perhatikan ketebalan dan diameter syiling ini yg begitu ketara berbeza dgn syiling 1 sen biasa...

     Foto ini nampak dgn jelas ketebalannya hanya 1/3 syiling 1 sen biasa....


                       Saiz ketebalannya hanya 1/3dari syiling biasa menimbulkan persoalan samada syiling ini telah dicelup kedalam asid,melihat pada kesan imej yg masih ada pada kedua permukaan ianya bukan syiling asah dan kemungkinan juga syiling ini adalah syiling split planchet before strike error!.