Ahad, 8 Julai 2012

DIE ERROR 5 SEN 2004

     Sekeping syiling 5 sen 2004 yg dijumpai ini sukar untuk ditentukan kategori error,Ciri2 yg kelihatan pada syiling ini tidak menyerupai mana2 keadaan yg pernah dipamirkan sebelum ini.

     Ciri2 utama yg menarik perhatian ialah terdapat logam yg timbul (positif) pada bahagian muka syiling ini.Kesan yg timbul itu adalah berbentuk panjang melengkung dan "bertakuk"yg hampir menyerupai imej tali gasing.

     Bila terdapat logam luar biasa yg timbul pada permukaan syiling biasanya dikaitkan dgn die chip,die gouge.die crack atau die break yg keseluruhannya adalah disebabkan kerosakan pada permukaan die yg disebabkan faktor tertentu.Keadaan yg kelihatan pada syiling 5 sen 2004 ini agak berlainan dari kategori error tadi,mungkin pengumpul yg lebih arif tentang fenomena error ini ingin berkongsi....

          Tanda merah menunjukkan imej luar biasa yg muncul pada permukaan syiling 5 sen 2004

                     Imej ini kelihatan hampir menyerupai tali gasing,....

            Bahagian belakang syiling ini kelihatan biasa....

            Berlainan dgn syiling struck through error spt ini yg jelas meninggalkan kesan berparit (negative)