Sabtu, 20 Oktober 2012

DUIT JEPUN

    Dikalangan orang-orang kampung lebih mudah bagi mereka menyebut "Duit Jepun" yang merujuk kepada Japanese invasion money (JIM).Wang kertas yang dicetak khas oleh pihak tentera Jepun ini dibuat mengikut versi yang berlainan mengikut negara yang ditaklukinya.

       Pada awal pengeluaran wang kertas ini masih terdapat cetakan  no. siri yang menggambarkan pengeluarannya adalah terkawal,namun pada saat2 akhir penaklukan Jepun di Asia Tenggara,pengeluaran wang kertas ini dibuat tanpa kawalan pada no siri melainkan prefix sahaja yg dicetak pada permukaan wang..Ada sesetengah orang tua yg ditemui memberitahu wang kertas tanpa no. siri ini dicetak atas kapal perang mereka sahaja.

                   Wang kertas JIM ,THE JAPANESE GOVERNMENT,TEN CENTS.

             Sukar untuk dijumpai dgn keadaan yg masih elok begini....

                 Pemotongan wang kertas ini tidak sama,sekiranya ianya terjadi pada wang kertas moden tentu ini adalah satu error.....



          Sebagaimana wang kertas lain,not JIM juga tidak terlepas dari dipalsukan.depankanta berpendapat not ini adalah tulin,perhatikan kertas yang digunakan berlainan dari kertas biasa...Bantuan dari kanta mungkin diperlukan....

          Jalur-jalur yang ada pada kertas not JIM tulin ini dapat membezakannya  dgn yang palsu.....


               Mungkin dalam poket askar-askar Jepun yg mendarat di Pantai Sabak Kota Bharu,Kelantan pada 8 Disember 1941 ini, terdapat sekeping dua not diatas untuk dibelanjakan makan nasi kerabu dibandar Kota Bharu.haha.....