Ahad, 4 Disember 2011

OFF CENTRE

Proses penempaan syiling dibuat bila planchet sedia berada ditengah2 chamber,dalam kedudukan ini die atas(hammer die) akan bergerak pantas dengan kekuatan tekanan tertentu menempa planchet.Die bawah (anvil die) tidak bergerak,pembentukan imej dari die ini terjadi oleh kekuatan tekanan dari die atas sahaja.
      Dengan tempaan planchet yg begitu banyak dan pergerakan mesin yg laju,lama kelamaan kedudukan planchet dalam chamber akan "lari"dari pusat chamber menyebabkan terjadi syiling off centre error.
      Sekeping syiling 1 sen 2005 ditemui terjadi off centre yg jelas dapat dilihat pada permukaan syiling .
                              Bahagian belakang syiling 1 sen 2005

                                Bahagian muka

      Perbezaan yg dapat dilihat bila dibandingkan dgn syiling off centre (atas) dan  minor off centre (bawah)