Ahad, 20 Mei 2012

20 SEN 2012 S3M FINNED RIM


      Finned rim atau finned edge termasuk dalam kategori striking error yg lebih sukar dijumpai berbanding die errors.Walaupun finned rim dalam saiz yg kecil dianggap biasa tetapi kadang-kadang dijumpai logam berlebihan pada bahagian sisi rim ini dalam saiz yg agak ketara dan dapat dirasakan ketinggiannya dgn sentuhan jari.

        Secara umumnya setiap rim syiling moden akan melibatkan tiga peringkat dan dengan dua kali tempaan iaitu,tempaan rim pertama semasa proses blanking,tempaan rim kedua oleh working die (die atas dan die bawah) dan serentak dgn itu juga die ketiga (collar die) membentuk bahagian sisi syiling...

     Dengan kerja-kerja penempaan yg berterusan,terdapat komponen mesin yg digunakan untuk proses penyilingan yg "lari" dari setting asal pada mana2 bahagian dan keadaan ini membenarkan finned rim error terjadi.

Syiling baru Malaysia 20 sen s3M tidak banyak perubahan yg dibuat bila fenomena finned rim masih dijumpai sama keadaanya dengan syiling Malaysia sebelum ini terutamanya siri bunga raya.
     Sekeping syiling 20 sen s3M ini ketara menampakkan finned rim dgn logam bahagian sisi yg menonjol keatas.


     Tempaan biasa akan menjadikan hujung rim yang rata dan sama paras ketinggiannya dgn rim syiling dan finned rim error terjadi bila hujung rim menjadi tinggi melebihi paras biasa.
Finned rim dikesan boleh  terjadi pada mana2 permukaan syiling atau terjadi pada kedua permukaan...Pada Syiling 20 sen s3M ini juga kelihatan tanda2 minor finned rim...

            Finned rim pada syiling 1 sen siri bunga raya....
          Finned rim pada syiling 5 sen siri bunga raya...

  Logam berlebihan pada syiling 50 sen s3M yg juga pernah dipamirkan ini juga dikatakan finned rim error...

     Syiling 50 sen s3M agak unik finned rim yg terjadi kerana syiling ini berbentuk spanish flower...