Selasa, 29 Januari 2013

FINNED RIM,MAD,DOUBLE RIM & OFF CENTER

              Finned rim,Misaligned die (MAD), Double rim dan Off center merupakan nama-nama syiling error yang biasa ditulis oleh pengumpul syiling error. Ketiga-tiga kategori ini saling berkaitan antara satu sama lain. istilah  errors biasanya dinamakan mengikut bagaimana kelihatan atau penampilan sesuatu error pada permukaan syiling. Keempat kategori ini lebih mudah terjadi pada bahagian belakang syiling (rev) kerana keadaan mekanikal die atas yg lebih lasak bekerja berbanding die bawah yang hanya berkeadaan statik.

                Finned rim adalah disebabkan kedudukan kedua die telah tidak sejajar yang menyebabkan sebahagian permukaan syiling akan terjadi lebihan logam pada bahagian rim, collar die pula berperanan mengensot bahagian yang terlebih itu keatas lalu akan menimbulkan sedikit bahagian rim menjadi tinggi. Bagi sesetengah pengumpul menganggap kelebihan sirip logam yg kecil sebagai MAD sedangkan pengumpul yang lain beranggapan ianya adalah finned rim. Terdapat juga syiling-syiling finned rim dijumpai terjadi pada syiling yang tidak ada ciri-ciri MAD.



           Misaligned die atau MAD biasa dilihat pada syiling 5 sen 2000, bahagian tepi rim akan menebal tetapi tidak membentuk ciri-ciri lain spt finned rim atau double rim. MAD hanya akan menjejaskan satu permukaan syiling sahaja,keadaan ini berlainan dengan syiling off center yang menjejaskan kedua permukaan syiling. MAD adalah kategori umum yang menggambarkan syiling yang ditempa oleh kedudukan dua die yang tidak sejajar.


     

  Double rim juga merupakan fonomena MAD,kategori ini lebih hampir dengan finned rim tetapi tidak terjadi sebahagian rim yg meninggi. hanya kelihatan dua rim yang terbentuk kerana kedudukan dua die tidak sejajar. Bagi sesetengah negara agak sukar dijumpai syiling dalam kategori ini, bagi Syiling-syiling Malaysia keadaan ini adalah biasa dijumpai dan seolah-olah tiada sebarang premium selain nilai muka......


           

     Off center tidak hanya disebabkan MAD tetapi juga melibatkan kedudukan planchet yang tidak sepenuhnya berada dalam chamber menyebabkan keadaan permukaan syiling off center biasanya akan melengkung sedikit kerana terkena bahagian atas collar die semasa proses penempaan.

     Keempat-empat kategori diatas merupakan errors yang melibatkan proses penempaan dan diletakkan dibawah kategori utama striking errors......