Isnin, 2 Januari 2012

WORN DIE

Meneliti syiling dari sekeping kesekeping bertujuan mencari mint errors memang boleh memenatkan mata.Tambah pula bila  terjumpa syiling2 yang sukar ditentukan kategori errornya,pening kepala pula yang datang.
     Worn die adalah termasuk dalam syiling yang agak mudah terkeliru.Contohnya syiling 5 sen 2011 ini,pada mula dijumpai syiling2 yg terdapat ciri2 ini ianya adalah disangka disebabkan oleh kepanasan planchet semasa proses penempaan.Bila dijumpai beberapa syiling yg terjadi dengan kesan yang sama adalah jelas ianya disebabkan oleh die,secara tepatnya worn die.
                               Lima keping syiling 5 sen 2011 ini jelas kesan dari worn die.Perhatikan pada angka"2011"yg terjadi kedutan pada logam planchet yg berbentuk sama semuanya menandakan ianya disebabkan ketajaman imej pada die sudah rosak.

                              Kedua syiling  ini menampakkan kesan ditempa dgn die yg sudah  terlalu lama digunakan tanpa diservis atau ditukar.Logam dan rekabentuk die sangat mempengaruhi hayat dan ketahanan die.

                             Pada bahagian muka juga terdapat sedikit kesan worn die.