Sabtu, 21 Mei 2011

SYILING 50 SEN 2000-2010...TULIN,ERROR ATAU PALSU.....

Pada 22 jun 2006 Bank Negara telah mengeluarkan kenyataan penjelasan bahawa kewujudan syiling 50 sen palsu adalah kes yang terpencil dan tidak banyak beredar kalangan orang ramai....
       depankanta tiada pula terjumpa mana-mana kenyataan untuk menjadi garis panduan bagi menentukan samada  sekeping syiling itu palsu atau tulin...jadi ramai lah para ahli numismatik dan penggemar syiling Malaysia mengeluarkan andaian dan teori masing-masing...
   Antara yang popular adalah syiling palsu tertarik pada magnet!..pada hemat depankanta syiling palsu yang diperbuat dari campuran besi ini di buat sedikit sahaja pada masa permulaannya sahaja..selepas disedari syiling begini mudah di kesan mereka beralih pada logam lain pula...

Dalam koleksi depankanta ada beberapa keping yang diragui ketulinannya..untuk post kali ini di paparkan syiling yang tertera tahun 2001-2009 siri bunga raya...terserah pada para pakar dan pelawat yang budiman untuk menilainya......semua syiling ini TIDAK tertarik pada magnet!..


1)                                                                                                            TAHUN 2001             




 2) tahun 2004
    Ini adalah syiling palsu yang paling ketara kerana banyak perbezaan pada  kedua belah muka dan belakang.


 3)                                                                   2005
     syiling ini adalah antara syiling palsu yang paling
ringan.Terdapat seolah-olah die crack error di bah. muka dan belakang.terdapat juga tanda pusaran berpusat,mungkin syiling ini dibuat menggunakan kaedah dan mekanisma yang berlainan dengan syiling tulin.



4)   2005
  Yang ini banyak terdapat banyak gelembong (bubble) pada bah. muka.depankanta agak syiling ini dibuat dari logam jenis karbon yang rapuh kerana terdapat bekas serpihan bah. belakang(rev) yang menampakkan logam didalamnya.


 5)                                                                                                               
     Syiling ini mungkin dibuat dari logam campuran
copper kerana bila haus lapisan atas kelihatan warna
kuning tembaga pada bahagian dalam.                                                     2005




6) 2005

 7)                                                                2005     

 8)                                       2007
Syiling 2007 ini di buat menggunakan die yang bermutu
rendah dan tidak licin menyebabkan angka "50" dan "2007"kelihatan bergerutu dan tidak rata.


 9)                                                              2008
    Yang ini kelihatan disaluti lapisan krom.perhatikan bahagian tepi rim syiling yang terserpih lapisan kromnya.




10)  2009
   Syiling ini sekali pandang tiada yang berlainan kerana fieldnya kelihatan licin dan rata.Bila depankanta bandingkan syiling ini dengan syiling tulin keluaran 2009 di dapati bunga bintang pada wau di bah.depan (obv) tidak sama dengan syiling tulin.





depankanta akan sentiasa update post ini mengikut komen dari anda........



16 ulasan:

  1. Dear Depankanta,
    Boleh tahan juga you punya koleksi duit 50 sen palsu!
    Cuba cari jang boleh di tangkap Magnet!Ini satu cabaran baru!
    Pendapat saya untuk mengesan duit palsu yang boleh ditangkap magnet,warnanya lebih gelap!
    Good luck!

    BalasPadam
  2. Mr.Niew,
    Terima kasih untuk tips mengesan duit palsu.Depankanta memang sentiasa bawa magnet kemana-mana,kalau-kalau terjumpa syiling yang perlu di test.Terutamanya syiling 1 sen 1976 dan 1 sen 1979!..hehehe

    BalasPadam
  3. Dear depankanta,
    Cuba juga dapat 1 sen 1970 yang boleh di tangkap magnet.Tinggi nilainya,ia adalah Wrong Metal Errors.

    BalasPadam
  4. terima kasih Mr.Niew,
    ini info baru bagi depankanta...

    BalasPadam
  5. btol kata Mr.Niew...warna untuk syiling palsu yang boleh melekat pada magnet adalah warnanya lebih gelap sedikit daripada syiling palsu yg x melekat pada magnet..sy ada sekeping syiling palsu thn 2005 yg melekat pada magnet...cuba tgk kt blog saya...TQ

    BalasPadam
  6. As salam seronoknya baca tentang duit palsu. Sekarang ni saya jumpa banyak duit 50 yg palsu. Saya tak boleh membuat ianya sebagai koleksi tetapi saya akan ambil gambarnya. Duit2 lain dalam simpanan saya ialah 1 sen.. iaitu yg boleh melekat pada magnet tahun 76 dan tahun 78. Duit 1 sen British Borneo pun saya ada iaitu tahun 61 & 62. Nantikan kemunculan blog saya pula, banyak gambar2 duit koleksi yang saya ingin tunjukkan gambarnya.

    BalasPadam
  7. Ooo patut la .. saya pun ada duit syiling palsu 50 sen tahun 2000 , warna cooper , kuning tembaga mcm duit seringgit syiling yg lama , ingatkan special rupanya palsuuu

    BalasPadam
  8. Ooo patut la .. saya pun ada duit syiling palsu 50 sen tahun 2000 , warna cooper , kuning tembaga mcm duit seringgit syiling yg lama , ingatkan special rupanya palsuuu

    BalasPadam
  9. saya ada syiling 50 sen tahun 2010. adakah ianya palsu ataupun error kerana ianya ringan, rim yang tebal dan tidak mempunyai garis ataupun tulisan Bank Negara Malaysia di rimnya. Apabila diletakkan pada magnet ianya tidak mempunyai sebarang tidak balas. Ukurannya adalah lebih kecil sedikit daripada 50 sen tahun keluaran yang sama.

    BalasPadam
  10. sy ad duit syiling 50 sen palsu.. ad yg nk beli hehe

    BalasPadam
  11. Sy ada syiling 50sen 2001 lekat magnet

    BalasPadam
  12. Syiling 50 sen 2002 yg 5 (0) ni tebal

    BalasPadam
  13. Ingin tgk...blh wssp ke no sy 01125501161

    BalasPadam
  14. Sy ada syiling 50sen 2001 lekat magnet

    BalasPadam
  15. Bilakah tahun pertama duit ini di keluarkan?

    BalasPadam
  16. Saya ada 2 keping 50 tembaga tahun 1998 dan 2005. 1 keping lagi 2005 lekat magnet.

    BalasPadam