Presiden Kelab Warisan Numismatik, Dato' sharuddin Yusof tidak perlu diperkenalkan lagi. Dikalangan komuniti Numismatik Malaysia nama beliau adalah sebaris dengan nama-nama besar dalam Numismatik Malaysia. Melalui blog beliau Galeri Sha Banknote kita dapat menilai betapa komitmen beliau yg begitu tinggi dalam dunia Numismatik.
Pada malam Sabtu tanggal 9.2.2013, depankanta rasa bertuah dapat berjumpa dan mengenali dengan lebih dekat Dato' Sharudin Yusof. Pasar borong Wakaf Che Yeh,Kota Bharu Kelantan merupakan destinasi tumpuan, terutama dari pengunjung dari luar Kelantan. Kesempatan cuti sambutan Hari Raya Cina telah membawa Dato' Sha sekeluarga ke Wakaf Che Yeh yang merupakan tempat yang tidak asing lagi bagi beliau.
Pertemuan yang singkat di HOLIDAY VILLA WAKAF CHE YEH ternyata tidak kecukupan masa kerana banyak visi dan misi numismatik yang menjadi tajuk perbualan. Usaha murni Dato' Sha dibidang Numismatik telah banyak membuka ruang yang selama ini tidak berpeluang untuk menjejakinya seperti lawatan ke Kilang Medal Mariwasa di Kuala Kangsar,Perak pada 18.12.2012 yg lalu.
Walaupun depankanta hanya satu titik kecil dalam Numismatik Malaysia tetapi Kesudian Dato' Sha meluangkan masa untuk berjumpa adalah sesuatu yang membanggakan. Turut diperbincangkan ialah perancangan Kelab Warisan yang akan mengadakan seminar syiling error pada 27.4.2013 yang akan di kendalikan oleh Mr Dickson Niew yang merupakan salah seorang Numismatis yang mula-mula mencetuskan minat belia Malaysia terhadap syiling error. Berkongsi pengetahuan dengan seorang sifu spt Mr Dickson adalah kaedah terbaik untuk mendekati syiling error. Bagi pengunjung yang ingin mendalami ilmu dibidang syiling error adalah sangat digalakkan supaya menyertainya,sila lawat:http://sharuddin58.blogspot.com/2013/01/seminar-berkaitan-error-coins-malaysia.html
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dato' Sha...