Isnin, 18 Julai 2011

50 SEN 2011....LAGI HAL CIRCLES,,,,,,,

Penemuan pada sekeping syiling 50 sen 2011 ini agak unik.Syiling siri ini yang baru diedarkan dalam jumlah yang mungkin sangat terhad!,,,
     Depankanta yang berada jauh di Pantai Timur semenanjung sukar perolehi syiling ini.Dengan bantuan dari kawan-kawan di Lembah Kelang dapat juga depankanta menjamah beberapa keping syiling siri terakhir bunga raya ini.
    Setelah membelek beberapa keping syiling,terpandang pada sekeping yg ada satu bentuk circles yg betul2 berada di tengah2 bahagian belakang (rev)syiling .Apa yg menarik ialah circles ini terdiri dari dot-dot kecil yg timbul (positive) membentuk satu bulatan.


            Bahagian muka syiling 50 sen 2011

Bahagian belakang yang terdapat bentuk bulatan kecil  terdiri dari dot-dot yg timbul (positive) betul2 pada bahagian pusat planchet


             Bulatan ini mungkin boleh kita lupakan saja kalau ianya negative(berparit) tapi yg ada disini adalah dot-dot kecil yg timbul(positive)membentuk bulatan ditengah2(pusat) syiling 50sen ini.Perhatikan dot ini ada juga pada atas kelopak bunga.



Malang sekali depankanta menerima syiling ini dalam keadaan agak yg sudah banyak kesan calar,namun untuk perkongsian tentang error ini depankanta pamirkan juga.....