Jumaat, 5 Ogos 2011

DIE ERROR 5 SEN 2011

Dalam post yg lalu depankanta pernah pamirkan syiling 50 sen 2011 yg ada kesan bintik berbentuk bulatan atas planchetnya....berbagai pendapat diberi oleh ahli Numismatik berkaitan kejadian pada syiling ini.
      Memandangkan keadaan seperti ini hanya dapat dilihat pada syiling keluaran 2011,ianya dianggap satu fenomena baru pada syiling Malaysia.Depankanta temui lagi syiling yg ada kesan bintik dalam bentuk bulatan tapi pada syiling 5 sen 2011.



           Dipamirkan semula syiling 50sen 2011 dengan kesan bintik(positif)berbentuk bulatan dan terjadi pada bahagian belakang syiling.


          Syiling 5 sen 2011 juga dijumpai terdapat kesan sedemikian

                   Beberapa keping syiling yg ada kesan bintik pada bahagian tengah syiling 2011,ianya terjadi pada bahagian muka syiling.Berlainan dgn syiling 50 sen yg terjadi pada bahagian belakang(rev)
                     Kesan ini tidak dijumpai pada syiling Malaysia sebelum ini,mungkin ini adalah akibat dari perubahan pada mana2 mesin yg terlibat dalam proses penyilingan pada tahun 2011