Jumaat, 5 Ogos 2011

DIE ERROR 5 SEN 2011

Dalam post yg lalu depankanta pernah pamirkan syiling 50 sen 2011 yg ada kesan bintik berbentuk bulatan atas planchetnya....berbagai pendapat diberi oleh ahli Numismatik berkaitan kejadian pada syiling ini.
      Memandangkan keadaan seperti ini hanya dapat dilihat pada syiling keluaran 2011,ianya dianggap satu fenomena baru pada syiling Malaysia.Depankanta temui lagi syiling yg ada kesan bintik dalam bentuk bulatan tapi pada syiling 5 sen 2011.



           Dipamirkan semula syiling 50sen 2011 dengan kesan bintik(positif)berbentuk bulatan dan terjadi pada bahagian belakang syiling.


          Syiling 5 sen 2011 juga dijumpai terdapat kesan sedemikian

                   Beberapa keping syiling yg ada kesan bintik pada bahagian tengah syiling 2011,ianya terjadi pada bahagian muka syiling.Berlainan dgn syiling 50 sen yg terjadi pada bahagian belakang(rev)
                     Kesan ini tidak dijumpai pada syiling Malaysia sebelum ini,mungkin ini adalah akibat dari perubahan pada mana2 mesin yg terlibat dalam proses penyilingan pada tahun 2011

4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Mungkin ia adalah satu variety dalam pengeluaran duit syiling 5sen and 50sen ini.
    Jika 10sen and 20sen juga boleh ditemui, set dengan variety ini memang sangat menarik.
    Semoga depankanta berjaya mencari duit syiling yang belum dapat itu :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih whycollect,
    Kita sama2 cari syiling 10 sen dan 20 sen yg terjadi begini,samada ianya error atau variety tentu akan jadi perhatian ahli Numismatik kerana belum pernah ada syiling Malaysia terjadi bintik2 begini..
    tima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  3. Lagi-lagi bintik berbentuk bulatan mistri ini.Macam cerita Nusantara atau UFO,saya pun masih belum pasti apa yg berlaku!Kajian masih diteruskan!Harap orang dari Kilang Wang BNM ada jawapan.Selamat menyambut Hari Raya!

    BalasPadam
  4. Hi Mr.Dickson,
    Kalau kita perhatikan ahli2 Numis USA,UK dan lain2 negara maju,mereka ada akses untuk pertanyaan terus kepada kilang syiling berkaitan penemuan error yg ganjil dan pihak kilang menyediakan pakar yg khusus utk bidang ini.Malangnya bagi kita,masih banyak syiling2 error yg dalam status"teka-teki"tanpa dapat jawapan jitu dari mana2 pihak.
    Terima kasih banyak2 Mr.Niew..(Harap MNS dapat bincang dgn pihak kilang perkara ini menjelang edaran syiling siri ke3)....tqvm

    BalasPadam