Selasa, 29 Mei 2012

ROTATED DIE TERAKHIR SYILING MALAYSIA?

      Mengikut pakar-pakar  syiling malaysia,proses penyilingan bagi syiling siri ketiga Malaysia (s3M) telah dibuat perubahan besar yg melibatkan teknologi yg tinggi dan canggih.Salah satu instrumen yg mengalami perubahan ialah alat yg digunakan untuk menguatkan kedudukan die.

     Secara logiknya die atas (hammer die) yg sentiasa bergerak keatas dan kebawah juga akan mengalami pergerakan yg berpusing menyebabkan terjadinya rotated die clash dan rotated die error pada syiling.Peralatan yg "memegang"die pada syiling siri Parlimen dan bunga raya diperketatkan dgn peralatan yg boleh menjadi longgar.Perubahan teknologi telah dibuat pada peralatan ini untuk syiling siri ketiga yang tidak memungkinkan terjadinya rotated die pada syiling ketiga (s3M).

     Penemuan sekeping syiling 10 sen 2011 rotated die cw/ccw 180 darjah ini mejadi antara syiling rotated die terakhir syiling Malaysia sekiranya benar tiada lagi error sedemikian pada siri ke3 dan seterusnya....
                  Bahagian muka syiling Malaysia 10 sen 2011,rotated die cw/ccw 180 darjah
   


            
         Walau bagaimana pun kemungkinan ini masih satu andaian,sekiranya ada pelawat yg menemui syiling2 s3M yg ada kesan sedikit die rotation,ini mengambarkan kita akan berpeluang menemui darjah rotated yg lebih besar.....