Khamis, 15 Mac 2012

10 SEN S3M & DIE CRACK

Die crack adalah antara kategori error yg paling popular pada syiling moden Malaysia,kalau dibandingkan antara siri pertama dan siri kedua,siri kedua atau siri bunga raya lebih banyak dijumpai terjadi ciri2 ini.

   Syiling S3M yg belum diketahui  mintagenya juga sudah mula dijumpai terdapat kesan2 die crack.Memandangkan koleksi S3M yg diperolehi depankanta agak baru mungkin ianya adalah hasil tempaan dalam batch yg terkemudian.Tidak dapat dielakkan,syiling2 yg terkemudian ini akan meninggalkan kesan kerosakan dan kelasakkan die spt die chip error,die crack error,worn die error dan lain2 error lagi.....

     Melihatkan pada jumlah yg ada dalam edaran,syiling S3M tidak begitu banyak ditempa atau belum diedarkan sepenuhnya.Berbanding keluaran tahun pertama siri kedua pada tahun 1989 tidak banyak error yg dijumpai,keluaran tahun pertama syiling S3M sudah pun menunjukkan banyak ciri2 error yg terjadi.

       Sekeping syiling 10 sen S3M ini telah menunjukkan kesan kecil die crack,sekiranya pihak kilang gagal mengesannya kemungkinan pengumpul akan berjaya jumpai die crack yg lebih besar...

               
                       Bahagian muka syiling 10 sen S3M...Die crack terjadi hingga kepermukaan rim.

                       Terdapat dua kesan die crack yg sekiranya dibiarkan akan membesar merosakkan die dan berpotensi menghasilkan cud error yg istimewa.....