Khamis, 15 Mac 2012

10 SEN S3M & DIE CRACK

Die crack adalah antara kategori error yg paling popular pada syiling moden Malaysia,kalau dibandingkan antara siri pertama dan siri kedua,siri kedua atau siri bunga raya lebih banyak dijumpai terjadi ciri2 ini.

   Syiling S3M yg belum diketahui  mintagenya juga sudah mula dijumpai terdapat kesan2 die crack.Memandangkan koleksi S3M yg diperolehi depankanta agak baru mungkin ianya adalah hasil tempaan dalam batch yg terkemudian.Tidak dapat dielakkan,syiling2 yg terkemudian ini akan meninggalkan kesan kerosakan dan kelasakkan die spt die chip error,die crack error,worn die error dan lain2 error lagi.....

     Melihatkan pada jumlah yg ada dalam edaran,syiling S3M tidak begitu banyak ditempa atau belum diedarkan sepenuhnya.Berbanding keluaran tahun pertama siri kedua pada tahun 1989 tidak banyak error yg dijumpai,keluaran tahun pertama syiling S3M sudah pun menunjukkan banyak ciri2 error yg terjadi.

       Sekeping syiling 10 sen S3M ini telah menunjukkan kesan kecil die crack,sekiranya pihak kilang gagal mengesannya kemungkinan pengumpul akan berjaya jumpai die crack yg lebih besar...

               
                       Bahagian muka syiling 10 sen S3M...Die crack terjadi hingga kepermukaan rim.

                       Terdapat dua kesan die crack yg sekiranya dibiarkan akan membesar merosakkan die dan berpotensi menghasilkan cud error yg istimewa.....


      

6 ulasan:

  1. Pelik tapi benar ..........masih masih ada yang tak kena pada siri yg ke 3...... Al Balady

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Al-Balady,
      Ramai orang mengharapkan syiling baru Malaysia ini dibuat dgn cantik dan sempurna namun selagi ia dinamakan syiling,ianya tetap terdedah pada kesilapan.

      Terima kasih banyak2 al-balady

      Padam
  2. Hi depankanta,
    Dengan kuantiti tempaan yang semakin meningkat, bukan senangnya untuk mengadakan QC begitu tepat untuk mencegah kejadian sedemkian.
    Nampaknya, kesan seperti die crack, grease die, dan lain2 akan terus terjadi pada syiling ditempa pada masa akan datang.
    Walau bagaimanapun, sehingga kini, belum kami menemui syiling S3M yang mempunyai rotated die dan error yang lebih besar.
    Dan jikalau keadaan sedemikian dapat dikekalkan, nampaknya tahap QC di kilang tempa boleh dikatakan telah bertambah baik.
    Ini sekadar pendapat novis kami sahaja.
    Haha, apapun simpan dulu.
    Walaupun sudah bertahun-tahun mencari error termasuk die crack, die chip, grease die dan sebenarnya apapun kecacatan yang ditemui, besar mahupun kecil, kami pasti tidak melepaskan peluang mengumpul kesemua syiling berkenaan.
    Terima kasih banyak,depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Perubahan teknologi dapat dilihat telah banyak dilakukan dalam pengeluaran syiling s3M namun tidak dinafikan masih terjadi human errors atau kesilapan manusia yg mengendalikan keseluruhan perjalanan kilang ini.

      QC pada pengeluaran syiling s3M masih perlu dipertingkatkan bagi mencapai kualiti terbaik.Sukar untuk menyatakan tentang tahap sebenar QC s3M ini kerana syiling yg menjadi sampel utk dilihat adalah terlalu terhad dan pengeluarannya masih pada peringkat awal.

      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam
  3. Semua ini adalah varities dan minor errors yang memang banyak boleh didapati dan pasti berlaku dalam proses penempaan syiling!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mr Dickson,
      Sememangnya variti diatas hanya minor error,bila penemuan ini pada syiling S3M tentunya menjadi tarikan dan perhatian pengumpul2.

      Kalau bernasib baik akan dapat jumpa syiling2 yg lebih major die crack yg terjadi akibat dari progressive die yg menempa syiling ini..

      Terima kasih banyak2 Mr Dickson..

      Padam