Menggunakan motif bunga melur,bahagian muka syiling 20 sen s3M mudah terdedah kepada apa2 kesan yg dibuat keatas imej utama itu.Keadaan ini adalah kerana ruang kosong pada kelopak bunga melur itu secara relatifnya agak besar dan memudahkan kesan seperti bekas die diperbaiki dapat dilihat dgn jelas.
Berbanding dgn dua siri sebelum ini,tiada ruang yg luas pada lorekan imej menyebabkan sukar dijumpai error pada bahagian ini,hanya dijumpai kesan spt repaired die atau lathe lines dilihat pada bahagian fields syiling.
depankanta berpendapat garis2 yg dilihat pada bunga melur dibahagian muka syiling 20 sen s3M ini adalah hasil dari kerja2 selenggara semula die yg dibuat dgn tidak sempurna iaitu proses polish semula selepas die dibersihkan tidak siap sepenuhnya.
Kesan repaired die dapat dilihat pada setiap kelopak bunga melur kerana ruang yg kosong agak luas.Garis2 halus yg muncul ini mungkin ada pertalian dgn syiling lathe lines yg dipamirkan sebelum ini.
Mungkin pengumpul lain juga menemui syiling yg terdapat fenomena ini kerana ianya banyak ditemui.

Hi depankanta,
BalasPadamSelain error kecil yang agak banyak dijumpai pada syiling S3M ini, kami berpendapat ada satu lagi kategori pengumpulan yang perlu diteliti.
Iaitu mencari specimen syiling yang bergred tinggi.
Jikalau seseorang pengumpul menyemak syiling yang diperolehi daripada peredaran, nampaknya bukan senang untuk memperoleh spesimen yang bergred tinggi seperti MS-67.
Di dunia numismatik yang sudah maju seperi Amerika Syarikat, bidang ini merupakan satu bidang numismatik yang disukai ramai pengumpul, iaitu mencari spesimen yang bergred tinggi.
Perbezaan gred banyak mempengaruhi nilai sesuatu syiling, umpama satu syiling 1996 Silver Eagle Dollar bergred MS69 bernilai USD100 manakala syiling yang sama jenis dengan gred MS70 boleh bernilai lebih daripada USD4000.
Jadi ini merupakan satu bidang yang perlu diteliti para pengumpul tempatan terutama pada syiling S3M yang kerap mempunyai kecacatan kecil seperti juga dengan banyak duit syiling ditempa negara lain termasuk negara maju.
Terima kasih banyak, depankanta :)
Hi whycollect,
PadamTerima kasih banyak2 untuk info berkaitan gred syiling.Bidang numismatik sangat menitik beratkan tentang gred,contoh yg jelas spt yg dinyatakan oleh whycollect berkenaan syiling 1996 Silver Dollar itu.
Dikalangan pengumpul Malaysia pun,mereka telah membezakan nilai pada sesekeping syiling mengikut grednya,ini dapat dilihat dalam jualan mudah.com,lelong.com dan ebay.Semua syiling yg ditawarkan dinilai mengikut gred dan nilai setiap gred sangat ketara perbezaannya.
Syiling S3M dalam edaran nampaknya sukar dijumpai yg bergred tinggi,ini mungkin bermula dari kilang hingga ke bank terlalu banyak proses pengiraan dan pembungkusan semula dilakukan hingga sukar dijumpai walau sekeping yg betul2 tiada apa2 kesan calar.
Terima kasih banyak2 whycollect,semoga suatu hari nanti whycollect sudi membuat posting bagaimana proses mengred duit2 syiling secara lengkap utk perkongsian bersama....TQVM
Hi depankanta,
BalasPadamOh, berkenaan dengan proses mengred syiling, depankanta perlu meminta bantuan dan kepakaran daripada Nu, Dickson dan sifu2 lain yang sudi menolong lor.
Di dalam bidang ini, kami memang sekadar novis sahaja dan begitu juga dengan info teknikal.
Terima kasih banyak depankanta :)
Hi whycollect,
PadamHarap2 dengan semakin bertambahnya jumlah pengumpul baru sekarang ini,ada sesuatu yg dapat dibuat oleh pakar2 kita atau MNS utk memberi panduan khususnya berkaitan pengredan syiling dan panduan syiling error.
Sdr whycollect sendiri sebenarnya sudah ada cukup kapasiti utk memulakan ini semua..
Terima kasih banyak2 whycollect..