Sabtu, 5 April 2014

DDV TERBAIK SYILING MALAYSIA ( DDR 10SEN 2007 )

          Antara syiling Malaysia yang tersenarai dalam senarai DDV, syiling DDR 10sen 2007 adalah dinobatkan sebagai yang terbaik dan mempunyai nilai tertinggi bagi kategori DDR dan bagi DDO pula mungkin DDO 20sen 2007 menjadi pilihan utama.
        DDR 10sen 2007 dikatakan beredar hanya pada beberapa negeri tertentu sahaja dan sukar dijumpai dinegeri yang lain. Kelantan merupakan negeri yang sukar ditemui DDR ini dan penemuan sekeping syiling ini oleh sdr Mohd Halim  Mohd Nor telah memberi semangat baru pada depankanta untuk memulakan pemburuan syiling ini di Kelantan.
      Pertama kali menyentuh syiling ini, terasa ianya sangat istimewa untuk sekeping syiling kerana ciri-ciri gandaan yang wujud adalah sangat ketara dan cantik sekali. Depankanta cuba mencari kelas DDR ini dengan melihat ciri-ciri pergandaan imej utama dan kedua pada permukaan syiling ini.
               Gandaan antara imej utama dan kedua semakin jauh dari pusat semakin luas jaraknya (digambarkan dengan A (imej utama) dan B ( imej kedua).


           Gandaan yang terjadi dikesan berpusat hampir ditengah-tengah bahagian belakang syiling iaitu antara angka"0"(10) dan kelopak bunga raya. pergerakan adalah secara berpusing melawan pusingan jam (CCW). Kedudukan pusat pusingan ini yang hampir pada bahagian tengah syiling telah mengkategorikan DDR ini dalam Kelas 1 iaitu ROTATED HUB DOUBLING.Kelas ini menyamai DDO 20sen 2007


Pemerhatian pada semua gandaan imej akan membuktikan dimana pusat gandaan imej ini berada.
Gandaan yang seketara ini pada angka "20" menjadikan ianya "tidak jemu mata memandang"...

       Proses pembuatan die yang tidak sempurna menyebabkan terjadi DDV ini dan penampilan gandaan  angka "20" dapat menceritakan semua ciri-ciri pengenalan DDV..Warna kuning adalah imej utama yang terhasil dari tekanan kedua working hub keatas working die dan warna oren adalah imej kedua yang dihasilkan semasa tekanan pertama..Angka "20"yang berwarna kuning dianggap imej utama kerana ianya berada diatas dan imejnya tampil penuh dipermukaan syiling  berbanding yang berwarna oren yang terlindung sebahagiannya oleh warna kuning.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sdr. Mohd Halim Mohd Nor dari Kubang Kerian,Kota Bharu  untuk perkongsian syiling ini.

Sabtu, 29 Mac 2014

10 SEN S3M 2013 ROTATED DIE ERROR,180 DARJAH

        Rotated die error yang  terjadi pada syiling Malaysia agak unik, walaupun hari ini telah tiga siri syiling Malaysia dikeluarkan tetapi hanya siri ke Dua (1989-2011) yang dikesan banyak menyumbangkan rotated die error (dan juga lain2 error). Keadaan ini menyebabkan premium syiling Rotated die error bagi siri Parlimen  telah melambung tinggi sementara bagi siri ke3 Malaysia masih dalam pemerhatian.
      
        Penerangan tentang bagaimana error ini terjadi telah banyak diterangkan samada dalam blog ini atau lain2 blog yang lebih jelas penerangannya. Perbahasan tentang kedudukan sebenar imej bagi sudut tegak syiling Malaysia masih samar dan tiada pihak yang dapat mengeluarkan fakta sebenar yang jelas.

       Sementara pakar-pakar syiling error Malaysia sepakat menetapkan sudut tegak syiling Malaysia, Pengumpul telah pun ada pendapat masing-masing dan depankanta juga bersama mereka yang hanya meletakkan sudut tegak mengikut logik dan tradisi semata-mata..

         Penemuan sekeping syiling 10sen 2013 dengan rotated die hampir 180 darjah sangat menarik untuk dikongsi..Cuba anda letakkan sekeping syiling 10sen s3M diatas cermin dan lihat imej arcanya...

         Arca bahagian belakang syiling 10sen s3M yang biasa adalah seperti diawah ini..Begini kah yang kelihatan pada syiling anda?...

          Syiling 10sen s3M 2013 ini tentu memberi inspirasi kepada anda untuk membelek stok yang ada kerana ianya mempunyai nilai yang tinggi kepada sains numismatik Malaysia....

Kedudukan imej tegak pada bahagian belakang syiling 10sen s3M Malaysia

              Kedudukan imej tegak Bahagian muka syiling 10 sen s3M..Anda setuju?

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sdr. Mohd Halim Mohd Nor dari Kubang Kerian,Kota Bharu  untuk perkongsian syiling ini.

Ahad, 23 Mac 2014

PERTEMUAN SINGKAT DENGAN BLOGGER DUA CONGKAK

       Pasar Siti Khadijah sering menjadi tumpuan pelancong dari luar Kelantan, kesempatan musim cuti persekolahan biasanya akan digunakan oleh surirumah untuk membeli barang-barang yang dikira mempunyai nilai yang sangat istimewa pada mereka.

    Sabtu 22.mac 2014, Pasar siri Khadijah menerima kunjungan dari keluarga otai numis Dua congkak yang baru sampai dari Kuala Terengganu. Dalam kesempatan keluarganya membeli-belah, kami pula mengambil kesempatan mengatur penemuan untuk bertemu mata setelah sekian lama hanya berhubung di alam siber.

              Dua congkak merupakan blogger numismatik yang sangat istimewa, dengan gaya bahasa yang menarik dan bersahaja telah berjaya menarik minat pembaca untuk mendekati dan mendalami ilmu sains numismatik. Pada awal penglibatan depankanta dalam dunia blogger, blog dua congkak sentiasa dilayari untuk mencari inspirasi.

              Penemuan singkat di Laman Pasar Siti Khadijah Kota Bharu hanya memberi kesempatan untuk kami sekadar bertanya khabar tanpa sempat berborak panjang pasal numismatik. Mungkin dikesempatan yang lain akan memberi masa yang lebih panjang..

             Kesempatan yang sangat singkat, tapi masih  terluang untuk membelek beberapa keping syiling yang dijual disekitar Laman Pasar Siti Khadijah....

   KALAU MENJEMUR PAPAN PANJANG
                                  BAIK DISUSUN TEGAK BERDIRI
KALAU LAH ADA UMUR PANJANG 
                                            INSYAALLAH KITA KAN JUMPA LAGI


Isnin, 10 Mac 2014

DROPPED LETTER ERROR

.                 Dropped letter error merupakan kategori error yang sangat unik, dengan kesan berparit (negatif) pada permulaan syiling menyebabkan syiling dalam kategori error ini kelihatan seperti syiling yang rosak diluar kilang (Post Mint Damage).  Terdapat juga pengumpul menamakan kategori ini sebagai  Struck through dropped filling/dropped letter errors dan juga dropped design.
                 Permulaan bagi kategori ini ialah pembentukan Daki/Kaviti logam (metallic dirt) pada lurah imej di permukaan die atas. "Daki logam" ini semakin lama semakin banyak dan menjadi sangat keras serta kuat. ia memenuhi keseluruhan  lurah huruf,angka atau imej die atas. Die atas yang berada dalam keadaan ini akan menempa syiling dalam kategori filled die error...Daki logam yg terhasil dari campuran gris dan serbuk logam halus akhirnya akan tercampak keluar dari lurah die dan terjatuh samada keatas planchet atau keatas die bawah, seterusnya bila berlaku proses penempaan dalam keadaan yang "terlapik'oleh daki logam keras dan berbentuk huruf @ angka akan menghasilkan syiling dropped letter error.(biasanya melibatkan satu huruf atau satu angka sahaja)

             Bagi memudahkan pemahaman,depankanta lakarkan hipotesis bagaimana dropped letter terjadi:


              Lakaran 1, hipotesis 1. Daki logam terjatuh keatas planchet:


    1. Daki kotoran yang terhasil dari campuran gris dan habuk logam mula terbentuk didalam lurah (negatif)             huruf atau angka pada die atas.  
    2.Daki logam semakin banyak terperangkap dan memenuhi seluruh lurah huruf/angka
    3.Daki logam terjatuh keatas planchet (yang baru memasuki chamber).
    4.Die atas menempa syiling dalam keaadaan Daki logam berada diatas planchet.
    5.Akibat hentakan die atas, Daki logam yang keras dan kuat telah terbenam kedalam planchet 
    6.Terbentuknya dropped letter error pada bahagian belakang syiling. 


   Lakaran 2 dibawah adalah hipotesis 2, Daki logam jatuh keatas die bawah atau acuan andas:


   1. Daki kotoran yang terhasil dari campuran gris dan habuk logam mula terbentuk didalam lurah (negatif)             huruf atau angka pada die atas.  
    2.Daki logam semakin membesar dan memenuhi seluruh lurah huruf/angka
    3.Daki logam terjatuh keatas die bawah.
    4.Die atas menempa syiling dalam keadaan daki logam berada diatas die bawah.
    5.Akibat hentakan die atas, daki logam yang keras dan kuat telah terbenam kedalam planchet dan    akhirnya  membentuk  dropped letter pada bahagian muka syiling.


          Untuk perkongsian kategori dropped letter error depankanta tertarik dengan foto sekeping syiling 20sen 1991 yang di emel oleh saudara Aaron Bon. Mengikut pemilik syiling ini, ada pendapat yang mengaitkan syiling ini dengan dropped letter error.Bagi depankanta terdapat ciri-ciri yang perlu dijelaskan sebelum syiling ini dapat dikategorikan sebagai dropped letter error.

1. Terdapat tiga kesan dropped letter merupakan ciri-ciri yang unik yang kelihatan seperti struck through error, keadaan ini juga mudah dikaitkan dengan kerosakan diluar kilang samada sengaja atau tidak sengaja.(PMD). Sekiranya ketiga2 huruf yang kelihatan ini merupakan hasil dari tempaan serbuk Daki logam tentu ada pula tompokan logam lain pula yang mengikat ketiga2 huruf ini.Kesan Tompokan logam itu tidak kelihatan pada permukaan syiling ini.

Ketiga-tiga huruf yang wujud adalah tersusun ditepi rim sama seperti kedudukan huruf pada die, tiada ciri-ciri huruf ini terhasil dari Daki logam terjatuh dan terpelanting dimana-mana permukaan planchet.

               Imej negatif huruf "S" adalah jelas, Saiz dan bentuk huruf "S" adalah sama dengan huruf "S" pada huruf "SEN" yang ada pada belakang syiling 20sen .Bagaimana pula dengan huruf yang lain. Jika huruf2 ini dikaitkan dengan misaligned die clash, susunan huruf2 ini tidak menggambarkan demikian.

Dropped letter error memerlukan pemerhatian pakar bagi mengesahkan kategori ini. Bagi depankanta kewujudan tiga imej huruf pada syiling ini menggambarkan terdapat faktor lain yang terjadi pada syiling ini. 

               Terdapat dua tempat huruf "S" pada bahagian belakang syiling yang perlu diberi perhatian yang mungkin merupakan imej asal huruf "S"yang ada pada bahagian muka syiling itu.

Sebahagian dari tulisan dalam post ini adalah pendapat depankanta semata-mata, mungkin anda ada pendapat lain yang lebih tepat. Perkongsian adalah sentiasa dialu-alukan.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada saudara Aaron Bon untuk perkongsian syiling ini.

Jumaat, 28 Februari 2014

LEMBAH PITIS KELANTAN DI PASIR MAS

          Penemuan Pitis Kelantan di Lembah Sungai Kg Kubang Pak Amin,Pasir Mas telah mencetuskan berita dalam berbagai media arus perdana. Dari penemuan kepingan syiling Pitis oleh seorang penduduk telah merebak dengan cepat dan menarik ramai manusia dari berbagai lapisan untuk turut mencari artifak warisan Kelantan itu.

                  Pitis merupakan syiling pertama yang ditempa oleh Kerajaan Kelantan dan digunakan sebagai legal tender untuk berurus niaga diseluruh Kelantan. pengunaan pitis ini dimansuhkan oleh penjajah inggris dan menggantikannya dengan syiling dan wang kertas straits settlements sekitar tahun 1920..Beberapa keping pitis yang dijumpai di Lembah Sungai Kg. Kubang Pak Amin....

             Pemerhatian depankanta mendapati berbagai varieti Pitis Kelantan terdapat di lembah sungai ini...Penemuan ini telah mendorong generasi muda untuk mengenali jenis-jenis dan berbagai variasi pitis Kelantan yang ada.

           Seorang penduduk sedang mencuba nasib, mengikut cerita orang-orang tua disini.lembah ini merupakan bekas pelabuhan/jeti tempat kapal dagang singgah untuk berurus niaga. Pendapat ini disokong dengan terdapatnya perkampongan Cina sekitar lembah penemuan Pitis ini.

       Sepanjang lawatan ini depankanta ditemani oleh cikgu Roslan Abd. Rahman yang juga merupakan peminat artifak purba.. Menurutnya penemuan pitis di Pasir Mas ini telah memberi kesedaran pada generasi muda untuk mengenali mata wang yang digunakan oleh datuk nenek mereka sebelum datangnya penjajah.

         Kunjungan orang ramai semakin meningkat bila berita penemuan ini disiar oleh berbagai media arus perdana..Kerajaan Kelantan melalui Muzium Negeri telah mengambil langkah memantau aktiviti mencari pitis sekitar lembah sungai Kg Kubang Pak Amin....

           Dari penemuan pitis ini telah memberi rezeki lain pula pada peniaga air ini....

             Saudara Mohd Yusof dari Kg Landar,Kasar,Pasir Mas adalah orang pertama yang menemui pitis yang mencetuskan berita gempar ini. Penduduk setempat disekitar kawasan ini sebenarnya telah lama menemui pitis ini tetapi hanya sekeping dua dan menganggapnya penemuan biasa...Penemuan oleh sdr Wan Mohd Yusof telah menjadikan Lembah Sungai Kubang Pak Amin tersohor hingga menggamit pengunjung dari luar termasuk dari Thailand....

        Penemuan yang sempat dirakam, kebanyakan orang ramai memilih untuk menyimpannya sebagai kenangan dari menjualnya...Mungkin pencarian ini akan berakhir tidak lama lagi, mengikut beberapa orang pengunjung yang ditemui semakin hari semakin sukar untuk menemui pitis walaupun hanya sekeping setelah sehari suntuk mencarinya...

         Pencarian adalah santai dan tidak menampakkan satu usaha yg serius...Tentu pencarian dikawasan seperti ini lebih praktikal jika menggunakan Alat Pengesan logam...Keghairahan orang ramai mencari pitis mengingatkan depankanta tentang penemuan bijih emas di Lubuk Mandi, Rusila, Terengganu suatu masa dulu....

           Fenomena air pasang adalah merbahaya kepada kanak-kanak yang berkunjung ke Lembah ini..

BERITA TV9
 PITIS KELANTAN

     Bagi perkongsian info tentang pitis, disarankan pengunjung melawat Blog rakan depankanta:
http://sharuddin58.blogspot.com/search/label/PITIS%20KELANTAN%20SS10A