Sabtu, 11 Februari 2012

SET ERRORS 5 SEN 1988

      Siri Parlimen yg merupakan syiling moden pertama yg dibuat di Malaysia,diawal pengeluaran sekitar tahun 1967,68 dan 69 syiling2 ini masih diperbuat diluar negara.Selepas tahun2 berikut,secara berperingkat syiling2 siri Parlimen ini diberalih kilangnya di Shah Alam,Malaysia dan kekal hingga hari ini.

       Kejadian perbagai error pada syiling adalah perkara biasa sebagai hasil sampingan proses penyilingan.Ianya berlaku disetiap kilang syiling didunia,yang berbeza adalah jenis error dan jumlahnya.Salah satu faktor yg menyumbang kepada kejadian syiling2 error ialah mintage atau jumlah keluaran.Mengikut prosedur teknikal kilang setiap die atau peralatan yg digunakan telah ditentukan jangka hayatnya dan bila sampai masa ianya perlu diganti,kegagalan mematuhi peraturan ini juga adalah menyebabkan banyak errors terjadi melibatkan kategori die errors.

       Syiling 5 sen 1988 dengan jumlah keluaran sebanyak 26,788.000 merupakan syiling yg diperbuat sepenuhnya di Malaysia.Dalam pemerhatian depankanta terdapat beberapa  kategori error yg biasa terjadi pada syiling2 ini.Untuk perkongsian bersama dipamirkan beberapa spesimen yg dijumpai.pada syiling 5 sen 1988.

                         FINNED RIM @ FINNED EDGE
                            DIE TRIAL @ DIE ADJUSTMENT STRIKE
                         DIE CLASH
                      BROADSTRIKE
                        ROTATED DIE
                        PARTIAL COLLAR
                     

                Set begini menjadi istimewa kerana dari jumlah semua mintage syiling ini,hanya beberapa peratus sahaja yang dikesan terjadi begini.


   
      

4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Jika disebut dalam bahasa Kantonis, 1988 berbunyi 'pasti cukup kaya kaya' haha.
    Ini macam, mengapa mau perlahan perlahan lagi..cepat cepat cari lebih set sedemikian.
    Haha, satu set yang memang kreatif and menarik sekali.
    Tahniah depankata :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      1988,tahun terakhir siri bunga raya ini memang "ong",deno 1 sen 1988 banyak gred UNC dijumpai,5 sen banyak error,10 sen mintage sikit,20 sen pun banyak error dan 50 sen ada extra dot yg istimewa.
      Kalau kita nak mulakan dgn mengumpulkan set memang susah dan memeningkan mana nak cari kawan2nya tapi bila kita dah ada semua error,kita hanya kumpulkan set yg sedia ada dalam koleksi kita saja..

      Terima kasih banyak2 whycollect....

      Padam
  2. wah set 1988 yang menarik nie depankanta. Syabas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam iaryylr,
      Saat2 akhir siri Parlimen ini berada dalam edaran kita kena gunakan peluang sepenuhnya untuk kumpulkan sebanyak mungkin syiling2 error @ bergred tinggi.

      Syiling error mula mendapat tempat dikalangan pengumpul baru,tentu koleksi2 spt ini akan menjadi sampel kepada mereka.

      Jangkaan depankanta suatu hari nanti bila siri 1&2 tiada lagi dalam edaran pengumpul2 muda akan mencarinya dan kita kena bersedia untuk berkongsi dgn mereka disamping mendapat sedikit keuntungan.

      Terima kasih banyak2 iaryylr..

      Padam