Ahad, 25 Mac 2012

LATHE LINES OBV & REV 1982

     Kejadian Lathe lines merupakan sesuatu yg unik,ianya terjadi semasa proses awal pembuatan die,dimana logam yg digunakan untuk membuat die telah melalui proses untuk melicinkan permukaannya.Mesin lathe digunakan untuk melakukan kerja2 ini dan sepatutnya selepas dilicinkan oleh mesin lathe ini,kerja2 menggilap pada permukaan die pula dilakukan supaya permukaan die menjadi benar2 licin sebelum  melalui proses hubbing.

     Kegagalan menyediakan permukaan die yg licin akan meninggalkan kesan garis2 halus pada permukaan die.Garis2 ini akan dipindahkan pada syiling semasa proses penempaan oleh die itu dan menghasilkan Lathe lines error.

                Dalam post terdahulu telah dipamirkan penemuan syiling2 lathe lines pada ketiga2 siri syiling Malaysia.Bagi melengkapkan perkongsian berkaitan lathe lines,dipamirkan pula penemuan baru pada syiling 20 sen 1982.Dua keping syiling dijumpai kesan lathe lines iaitu pada bahagian muka dan sekeping pada bahagian belakang syiling.
                        Perhatikan garis2 pada bahagian muka syiling 20 sen 1982  ini...
                  Garis lathe lines dapat dikenali kerana ianya membentuk garis2 berpusat(concentric circles)
                  Pada bahagian belakang syiling ini tiada kesan....

                    Syiling kedua ini pula didapati lathe lines terdapat pada bahagian belakang syiling..
                          Walaupun garis2nya tidak jelas kerana syiling ini sudah lasak tapi masih dapat dilihat ianya membentuk garisan berpusat.
         Sementara pada bahagian muka syiling kedua ini tiada kesan lathe lines....
         Dua keping syiling 1982 yg mempunyai kesan lathe lines yg bertentangan,muka dan belakang...

Lathe lines sering menjadi perbincangan dikalangan peminat syiling error kerana ianya kelihatan juga menyerupai repaired die error....