Ahad, 25 Mac 2012

LATHE LINES OBV & REV 1982

     Kejadian Lathe lines merupakan sesuatu yg unik,ianya terjadi semasa proses awal pembuatan die,dimana logam yg digunakan untuk membuat die telah melalui proses untuk melicinkan permukaannya.Mesin lathe digunakan untuk melakukan kerja2 ini dan sepatutnya selepas dilicinkan oleh mesin lathe ini,kerja2 menggilap pada permukaan die pula dilakukan supaya permukaan die menjadi benar2 licin sebelum  melalui proses hubbing.

     Kegagalan menyediakan permukaan die yg licin akan meninggalkan kesan garis2 halus pada permukaan die.Garis2 ini akan dipindahkan pada syiling semasa proses penempaan oleh die itu dan menghasilkan Lathe lines error.

                Dalam post terdahulu telah dipamirkan penemuan syiling2 lathe lines pada ketiga2 siri syiling Malaysia.Bagi melengkapkan perkongsian berkaitan lathe lines,dipamirkan pula penemuan baru pada syiling 20 sen 1982.Dua keping syiling dijumpai kesan lathe lines iaitu pada bahagian muka dan sekeping pada bahagian belakang syiling.
                        Perhatikan garis2 pada bahagian muka syiling 20 sen 1982  ini...
                  Garis lathe lines dapat dikenali kerana ianya membentuk garis2 berpusat(concentric circles)
                  Pada bahagian belakang syiling ini tiada kesan....

                    Syiling kedua ini pula didapati lathe lines terdapat pada bahagian belakang syiling..
                          Walaupun garis2nya tidak jelas kerana syiling ini sudah lasak tapi masih dapat dilihat ianya membentuk garisan berpusat.
         Sementara pada bahagian muka syiling kedua ini tiada kesan lathe lines....
         Dua keping syiling 1982 yg mempunyai kesan lathe lines yg bertentangan,muka dan belakang...

Lathe lines sering menjadi perbincangan dikalangan peminat syiling error kerana ianya kelihatan juga menyerupai repaired die error....

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Dua spesimen yang menarik.
    Jika kita renung secara mendalam sedikit, bukannya senang untuk menghasilkan sekeping syiling berlogam yang langsung tiada kecacatan secara besar-besaran.
    Ini memang tepat sekali bagi syiling yang ditempa untuk peredaran biasa dan dalam masa yang sama kilang tempaan perlu menjaga kos overhed juga.
    Ini juga sebab mengapa kilang berkenaan boleh menghasilkan syiling proof dengan kualiti yang tinggi kerana syiling berkenaan boleh dijual dengan harga lebih tinggi.
    Oleh yang demikian, kami menjangka kecacatan seperti lathe lines, die chips, die cracks dan sebagainya akan terus terjadi ada syiling yang akan datang.
    Kemungkinan innovasi penempaan setakat ini hanya berjaya mencegah dan mengurangkan terjadinya kecacatan besar sahaja.
    Terima kasih banyak, depankanta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi whycollect,
      Bila bercakap berkenaan syiling,bagi syiling edaran biasa dan syiling2 proof sangat jauh berbeza.Bermula dari tujuan,prosesan dan tahap piawaian kualitinya.

      Kecacatan pada syiling untuk edaran adalah perkara biasa dalam proses penyilingan pada mana2 negara sekali pun,pengumpul syiling error Malaysia tidak dapat melihat perubahan teknologi dan berbagai inovasi yg dibuat dalam kilang syiling tapi mereka dapat melihat syiling2 yg ada dalam tangan mereka dan mengandaikan berbagai teori dan hipotisis berkaitan penemuan itu.

      Menjadi keseronokan pada hobi istimewa ini bila ada elemen teka-meneka dan pemerhatian depankanta mendapati fenomena ini turut menjadi trend pada pengumpul2 baru di Barat.

      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam