Mengenali apa saja mesin,instrumen,perkakas,bahan,logam dll yang berkaitan dgn proses pembuatan syiling adalah penting untuk menjejaki bagaimana sesuatu kategori error boleh terjadi dan diperingkat mana ianya terjadi.
Post yg dipamirkan oleh blogger sdr Afiqnizam adalah satu persembahan yg terbaik untuk kita pelajari bagaimana proses penyilingan dilakukan didalam kilang.Agak malang bagi pengumpul syiling error Malaysia kerana hanya dapat mengetahui semua ini secara umum sahaja dgn hanya bercontohkan kilang2 luar negara khasnya dari US.Tentu kita semua sedang sabar menunggu sedikit info berkaitan proses penyilingan duit syiling Malaysia dari pihak pengurusan kilang di Shah Alam.
Untuk mendekati bagaimana proses penyilingan dilakukan depankanta pamirkan beberapa contoh Galvano atau plaster model epoxy coated syiling Malaysia siri Pertama atau lebih dikenali siri Parlimen (1967-1988).
Galvano biasanya bersaiz diameter 8 inci bagi memudahkan artis membuat penelitian dan pembaikkan keatas semua details yg ada pada permukaan syiling.
Rekabentuk pada Galvano yang sudah muktamad akan dipindahkan pula kepada Master Hub dgn menggunakan teknologi tinggi.Proses ini akan mengecilkan saiz imej kepada saiz sebenar syiling pada Master Hub
.Proses penyilingan biasa secara ringkasnya ialah:
1. Pemilihan Imej yang muktamad .
2.Artis membuat rekabentuk semua imej pada model plaster.
3.Galvano atau Plaster model epoxy coated.

Galvano adalah proses kedua selepas artis membuat rekabentuk pertama imej pada model plaster
Rekabentuk pada Galvano yang sudah muktamad akan dipindahkan pula kepada Master Hub dgn menggunakan teknologi tinggi.Proses ini akan mengecilkan saiz imej kepada saiz sebenar syiling pada Master Hub
.Proses penyilingan biasa secara ringkasnya ialah:
1. Pemilihan Imej yang muktamad .
2.Artis membuat rekabentuk semua imej pada model plaster.
3.Galvano atau Plaster model epoxy coated.
4.Mengecilkan saiz untuk membuat Master Hub.
5.Master Hub menghasilkan Master Die.
6.Master Die menghasilkan Working Hub.
7.Working Hub menghasilkan Working Die.
8.Working Die menghasilkan syiling.