Ahad, 2 Disember 2012

GALVANO (Plaster model epoxy coated )

             Mengenali apa saja mesin,instrumen,perkakas,bahan,logam dll yang berkaitan dgn proses pembuatan syiling adalah penting untuk menjejaki bagaimana sesuatu kategori error boleh terjadi dan diperingkat mana ianya terjadi.

          Post yg dipamirkan oleh blogger sdr Afiqnizam adalah satu persembahan yg terbaik untuk kita pelajari  bagaimana proses penyilingan dilakukan didalam kilang.Agak malang bagi pengumpul syiling error Malaysia kerana hanya dapat mengetahui semua ini secara umum sahaja dgn hanya bercontohkan kilang2 luar negara khasnya dari US.Tentu kita semua sedang sabar menunggu sedikit info berkaitan proses penyilingan duit syiling Malaysia dari pihak pengurusan kilang di Shah Alam.

          Untuk mendekati bagaimana proses penyilingan dilakukan depankanta pamirkan beberapa contoh Galvano atau plaster model epoxy coated syiling Malaysia siri Pertama atau lebih dikenali siri Parlimen (1967-1988).

                    Galvano biasanya bersaiz diameter 8 inci bagi memudahkan artis membuat penelitian dan pembaikkan keatas semua details yg ada pada permukaan syiling.
        

            Galvano adalah proses kedua selepas artis membuat rekabentuk pertama imej pada model plaster 


 Rekabentuk pada Galvano yang sudah muktamad akan dipindahkan pula kepada Master Hub dgn menggunakan teknologi tinggi.Proses ini akan mengecilkan saiz imej kepada saiz sebenar syiling pada Master Hub
           
       .Proses penyilingan biasa secara ringkasnya ialah:

                 1. Pemilihan Imej yang muktamad .

                 2.Artis membuat rekabentuk semua  imej pada model plaster.

                 3.Galvano atau Plaster model epoxy coated.

                 4.Mengecilkan saiz untuk membuat Master Hub.

                 5.Master Hub menghasilkan Master Die.

                 6.Master Die menghasilkan Working Hub.

                 7.Working Hub menghasilkan Working Die.

                 8.Working Die menghasilkan syiling.

           Setiap langkah akan mengalami proses yg sangat rumit menggunakan teknologi yg canggih..Doubled Dies Varieti (DDV)berkemungkinan akan terjadi bermula dari proses 6-8.....               
   

          Model-model Galvano ini dapat dilihat di Dewan Pamiran Sasana Kijang,Bank Negara Malaysia... 

2 ulasan:

  1. Salam sdr Depankanta,
    Memang menarik entri pada kali ini.
    Saya sendiri pun tak tahu mengenai nama plaster ini (Galvano)..
    Agak menarik juga memperlihatkan model Galvano untuk syiling Malaysia siri pertama ..
    Terima kasih dan teruskan berkongsi ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr afiq,
      Galvano untuk syiling Malaysia spt yg dipamirkan oleh pihak Sasana Kijang ini banyak membantu kita bagi memahami bagaimana proses penyilingan dibuat.
      Tentu seluruh masyarakat pengumpul sangat mengalu2kan sekiranya pihak BNM dapat menyediakan satu ruang di Sasana Kijang untuk dipamirkan video,foto,dokumentasi dan peralatan yg digunakan dalam proses penyilingan syiling Malaysia...

      Terima kasih banyak sdr afiq...

      Padam