Isnin, 3 Disember 2012

SYILING KERIS 1992,VARIETI ATAU ERROR

          Syiling rm1 siri Bunga raya juga mengalami nasib yang sama dengan syiling rm1 siri Parlimen iaitu penggunaannya tidak menyeluruh dan berpanjangan.Generasi kanak-kanak hari ini tidak ramai yang mengenali syiling2 ini..

         Bagi siri Bunga raya,syiling rm1 ini  dikenali dgn Syiling Keris sempena dgn imej Keris yg ada pada bahagian muka syiling ini.Syiling Emas juga biasa dinamakan pada syiling ini kerana warna kuning keemasannya yang menyerlah..Penggunaannya terganggu oleh pengeluaran syiling2 palsu yang membuat syiling ini dapat bertahan hingga keluaran 1996 sahaja dan akhirnya terus ditarik penggunaan pada 7 Disember 2005 oleh BNM.

        Sekeping Syiling Keris keluaran 1992 yang dijumpai ini menarik perhatian kerana terdapat ciri2 penampilan imejnya yang unik dan sukar untuk meneka apa yang sebenarnya terjadi.

                           Bahagian muka syiling rm 1 Keris 1992 Tulin...Perhatian pada imej mata keris....

               Bahagian belakang syiling 1992 ini terdapat kesan MDD yg ketara pada angka"$"dan"1"

                   Bahagian muka syiling istimewa ini berbanding dgn syiling biasa.....

  Pada bahagian mata keris ini terdapat imej seumpama corak songket yg menjadi alas pada keris dan sarung.

            Telitikan panah kuning yg kelihatan sebahagian imej corak songket yg tiba2 berada pada atas mata keris.Ciri2 ini tidak pernah dijumpai pada syiling MDD biasa.Tanda bulatan merah adalah kesan mata keris yg berbentuk lekuk atau negative.Depankanta masih tercari-cari apa yg sebenarnya terjadi dan apa kategori error yg tepat untuk keadaan ini..Secara "selayang pandang"depankanta tergerak untuk mengatakan ini bukan striking errors tetapi adalah die errors yg terjadi semasa proses pemindahan imej dari working hub kepada working die..sama dgn kejadian DDV...Apa pendapat anda?

        Teka-teki syiling ini lebih mudah dijawab sekiranya ada lagi penemuan sekeping dua dengan 100 peratus ciri2nya sama...Kita kongsi bersama....

2 ulasan:

  1. Assalam depankanta,
    Pemerhatian depankanta memang begitu teliti, bab ini saya kalahlah. :)

    Bab syiling keris ini setakat ini saya tak dapat memikirkan lagi kenapa jadi begini. Saya pun agak kurang mencari error/varieti dalam syiling ini sebab stoknya agak terhad. Hehe kepada bukan pengumpul pun sudah jarang mereka lihat syiling ini.

    Syiling $1 1993 DDO masih dalam pemburuan! bagaimana dengan depankanta?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali mnfaj,
      Orang muda memang kurang dalam bab teliti tapi lebih pula dalam bab kemajuan...haha

      Ini adalah spesimen error yg istimewa kerana ciri2 yang terjadi belum dijumpai pada syiling2 yg lain,sukar untuk meramalkan apa yang terjadi pada die yang menempa syiling ini.

      Depankanta pernah juga terpandang syiling $1 1993 yang terdapat ciri2 berganda tetapi kelihatan lebih kepada MDD (akan disiarkan nanti)...Mungkin yg menjadi buruan dan idaman adalah dari Varieti yg lain pada tahun yg sama...

      Terima kasih banyak sdr mnfaj...

      Padam