Isnin, 20 Jun 2011

DIE CLASH ERRORS

Sekeping syiling 5 sen 2007 ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.Walaupun biasa ditemui die clash errors terjadi pada kedua-dua permukaan syiling 5 sen tapi pada syiling ini sangat ketara pada bahagian muka nya (obverse)terbentuk imej bunga raya yang sepatutnya berada pada bahagian belakang(reverse) syiling.
    Imej ini terjadi akibat kedua die atas dan die bawah tertempa sesama sendiri tanpa planchet,jadi pada satu die ada dua imej yang terbentuk.

Bahagian belakang syiling 5 sen 2007.Ada die chip error pada angka "0"pada 2007

Pada bahagian muka syiling wujud kesan kerosakan die pada syiling ini,imej bunga raya yang ketara terbentuk pada bahagian muka.
 Die clash error ini sangat jelas dan dapat dilihat dengan mata kasar

 Imej bunga raya ini sepatutnya hanya ada pada bahagian belakang syiling...
 depankanta cuba padankan imej bunga raya pada lekuk yang ada dan didapati sepadan....