Sabtu, 5 Mei 2012

GINSENG CINA

     Hujung minggu ini,depankanta hanya terperap dirumah.Terfikir pula apa yg nak dikongsi dgn pelawat dalam ruangan santai hujung minggu, tiba-tiba bila menjenguk melalui tingkap terpandang sudut halaman dibelakang rumah yg dah lama tidak dipedulikan lantaran sibuk dgn aktiviti membelek syiling...Ruang halaman belakang rumah yg sempit ini biasanya ditanam dgn berbagai tanaman ringkas spt tomata,cili dll...

                          Dari jendela kelihatan semak samun seperti kebun yg tidak terurus.....Tiba-tiba terpandang satu kelompok dalam rimbunan itu.......

     Bentuk daun dan warna bunga ini mengingatkan sesuatu......

         Setelah disahkan rumpun ini adalah tanaman Ginseng Cina,depankanta bersihkan sedikit kawasan sekitar....Yang tinggal hanya pokok Ginseng Cina,depankanta perolehi benih asal pokok ini dari seorang kenalan yg merupakan taukeh kedai ubat cina dibandar Tanah Merah....

   Bila digali,didapati akarnya masih muda dan belum membentuk seperti yg dikehendaki...

 Walaupun ramai yg menganggap pokok ginseng ini sukar ditanam,tetapi jika kena dgn keadaan tanah dan cuaca ianya adalah mudah seperti menanam pokok ubi keledek...Ambil sedikit batangnya yg ada mata tunas dan tanam ditempat yg agak teduh...

        Bagi mereka yg biasa dgn Ginseng Cina ini akan mengetahui khasiatnya yg telah diiktiraf oleh perubatan moden....Antara khasiatnya yang utama ialah dapat melancarkan perjalanan darah yg tersumbat yg menjadi punca berbagai penyakit kronik....

         Ginseng Cina juga lebih dikenali sebagai akar Som sangat dikenali dikalangan pengamal perubatan Cina kerana khasiatnya yang terbukti sejak beribu tahun dulu... Selain Ginseng Cina (Talinum paniculatum Gaertn) terdapat juga Ginseng Korea dan Ginseng Amerika.Dengan permintaan yg tinggi sekarang tanaman Ginseng ini telah dibuat secara komersial dan ditanam diladang2 namun Ginseng yg tumbuh liar tetap lebih bernilai....
       SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU.......