Ahad, 6 Januari 2013

DIE GOUGE

         Die gouge adalah merujuk kepada kesan tusukan alat yang keras dan tajam yang digunakan untuk membersih pemukaan working die dari logam-logam halus yg melekat pada die setelah melakukan kerja-kerja penempaan yang berterusan. Logam yang dikenali sebagai plak ini perlu dicuci dgn peralatan yg tajam,keras dan menggunakan tenaga yg kuat.

      Kesan tusukan yang paling popular pada syiling Malaysia adalah berbentuk "extra dot" yang menjadi buruan peminat syiling error dan varieti.Sekiranya anda melayari laman web syiling error antarabangsa akan dijumpai berbagai bentuk akibat tusukan alat-alat untuk membaiki die itu..Kebanyakan adalah berbentuk garis halus spt scratch.

      Selain die gouge error yg awal ditempa oleh die yg rosak itu,terdapat juga syiling-syiling yang dikesan ditempa oleh die yang pada awalnya adalah die gouge tapi telah mengalami perubahan hingga membentuk die chip error..
               Kesan yang kecil dan berbentuk "dot" adalah biasa dijumpai pada syiling Malaysia,biasanya tidak akan membesar berbanding dgn bentuk scratch yang memanjang....


            Lakaran gambar rajah dibawah menggambarkan kejadian die gouge dan die chip

          A:  Pembentukan plak pada lurah negatif yang ada pada permukaan die.

          B:  Peralatan yang keras dan tajam digunakan untuk mengikis plak pada die secara manual.

          C:  Alat telah tertusuk kedalam logam die.

          D: Dengan ada kesan tusukan kecil,die ini telah kembali menempa syiling. Die gouge error terjadi diperingkat ini.Kesan tusukan berbagai bentuk dapat dilihat pada syiling yg ditempa.

          E: Akibat kerja-kerja yang berterusan dgn die yang sudah "berlubang" ini lama kelamaan terjadi die chip yang semakin membesar.


       Dua keping syiling 10 sen 1998 ini dapat menggambarkan kejadian spt gambarajah diatas..

             Pada syiling pertama kesan die gouge yang kelihatan pada setiap huruf 'NEGARA"

                Dari die gouge error,telah terbentuk pula die chip yang kelihatan semakin membesar...

          Keadaan yang sama diagak terjadi pada kebanyakan syiling 1 sen siri Parlimen...Syiling 1 sen 1986 ini  kelihatan kesan yg ada hanya terjadi pada bahagian dalam lurah angka"1"(pada die) yang disebabkan kerja-kerja mencuci die dibahagian itu.

               
           Logam yang timbul semakin membesar membentuk die chip tapi terjadi hanya sekitar angka "1",syiling ini mungkin adalah die progressive dari syiling diatas..Kedua syiling ini adalah dari varieti die yg sama...

Adakah boleh dikatakan sekeping syiling ini adalah die gouge dan sekeping lagi die chip?...

              Kesan tusukan pada bahagian dalam angka "1" asalnya adalah untuk membersihkan kotoran logam atau plak,dibahagian luar tidak pula kelihatan terjadi lebihan logam,membuktikan kerja-kerja pembersihan dibuat pada tempat yg sepatutnya....

              Syiling kedua kelihatan tempat tusukan asal telah membesar yang biasanya dikaitkan dengan die chip error.....