Isnin, 12 Ogos 2013

PENGUMPULAN SYILING ERROR

      Hobi mengumpul syiling error semakin hari semakin diminati, dengan didorong pula oleh berbagai aktiviti numismatik seperti seminar syiling error yang dijayakan oleh Kelab Warisan Numismatik dan Mr Dickson Niew baru-baru ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran pengumpul kepada berbagai kategori syiling error.

     Pengumpulan syiling error dilihat sangat berpotensi untuk menjadi satu lagi jurusan numismatik yang akan menjadi perhatian pengumpul suatu hati nanti. Dengan dipermudahkan pula oleh kemudahan IT,internet serta kehadiran semakin ramai blogger syiling error, bidang pengumpulan syiling error mula menyemarak dan semakin mantap. Sebenarnya Kaedah Pengumpulan syiling error sama juga dengan mengumpul syiling klasik iaitu tumpuan kepada yang "rare" dan sukar diperolehi disamping ketulinan dan pengredannya.

     Penemuan sebarang syiling mint errors yang dipastikan ketulinannya akan didaftarkan dalam katalog dan pemburuan oleh pengumpul akan bermula disini. Bagi syiling error Malaysia belum ada satu katalog yang lengkap yang mendaftarkan kesemua penemuan kategori syiling error, semoga akan ada pengumpul syiling error akan memulakannya.

      Sebagai contoh depankanta pamirkan RTR die crack syiling 10 sen 2006. Tentu banyak syiling yang sempat ditempa oleh working die syiling ini dan keseronokan memburu akan terasa bila anda juga berjaya menemui/memperolehi syiling seperti ini dan dapat masukkan dalam album koleksi syiling error dalam kategori die crack dan RTR die crack

            Adakah anda sudah memiliki syiling die crack "petir" 5 sen 2008?.Perkataan petir adalah bertujuan pengenalan khusus die crack syiling yg dipamirkan ini untuk mengasingkan dari bentuk yg lain. Mungkin akan ada penemuan die crack berbentuk lain pula pada syiling 5sen 2008!....

       Lebih  memberangsangkan lagi jika anda menemui progressive dari keretakan working die syiling diatas dan menjadikan kategori RTR DIE CRACK "PETIR" 5 SEN 2008
   Ketiga-tiga syiling diatas seharusnya didaftarkan dalam katalog sebagai syiling error dalam kategori die crack:
         1. 10SEN 2006,RTR DIE CRACK
         2. 5SEN 2008,DIE CRACK
         3. 5SEN 2008,RTR DIE CRACK