Selasa, 4 September 2012

VARIETI SYILING 20 SEN 2001

           Syiling 20 sen 2001 mempunyai keistimewaan tersendiri,berbagai sangkaan dibuat bila melihat  seluruh huruf,angka dan imej pada permukaan syiling ini adalah lebih besar dari syiling-syiling 20 sen keluaran tahun yg lain.Keadaan ini hanya dapat dilihat pada bahagian belakang syiling yg melibatkan die atas.

          Sekiranya kira ambil sejumlah syiling 20 sen 2001 dan telitikan satu persatu serta membandingkan antaranya kita akan temui terdapat 2 varieti die yang digunakan untuk menempa syiling ini.Dengan jumlah tempaan sebanyak 278,802,000 mungkin sebenarnya banyak varieti die yg dibuat hanya kita tidak cakna mengenainya.....

               Variti yg dikesan antara kumpulan syiling 20 sen 2001 ini menunjukkan penampilan ciri2 yg berbeza (Varieti A)....Saiz huruf,angka dan imejnya tidak sebesar syiling 20 sen 2001 yg lain.


                 Kebanyakan syiling 20sen 2001 yg ada dalam edaran adalah varieti ini...(Varieti B)

           Bila didekatkan kedua varieti ini menampakkan perbezaannya...

          Perhatian  imej bunga raya kedua varieti syiling 20 sen 2001 ini
          Antara perbezaan yang dapat dijumpai pada imej bunga raya dua varieti ini...

        Pemerhatian pada kelopak bunga raya ini lebih mudah kerana ianya dapat dilihat dgn mata kasar

 Spesimen syiling 20 sen biasa

        Bila dibandingkan ketiga-tiga syiling ini menampakkan perbezaannya yg nyata..Varieti A lebih menyamai saiz syiling 20 sen biasa berbanding varieti  B yang lebih besar....