Jumaat, 18 November 2011

STRIKE THROUGH GREASE

Gris adalah sejenis minyak pelincir yg likat.Ianya tentu digunakan dalam proses penyilingan bagi menyejuk dan melicinkan die secara berjadual dan berterusan.Penggunaan gris ini tentu dikawal dan diseliakan dengan betul teknikalnya supaya kehadirannya tidak menganggu imej2 pada die semasa proses penempaan.
     Selalu kita jumpa beberapa spesimen dipamirkan oleh pengumpul syiling error berkaitan kerosakan syiling yg disebabkan oleh gris spt filled die error dan strike through grease error.Kesan gris ini pada syiling kadang2 boleh terkeliru dgn kesan kerosakan yg terjadi diluar kilang (PMD)..
    Perkongsian disini adalah sekeping syiling 20 sen 1998 yg sangat jelas kehadiran gris semasa proses penempaan.Syiling ini sangat sesuai untuk pengumpul melihat bagaimana gris merebak bila ditempa oleh die....
                      Bahagian muka syiling 1998 yg ketara kelihatan kesan gris yg merebak kearah rim

                       Tompokan gris asalnya mungkin berada ditengah2 planchet,bila die menempa keatasnya gris itu merebak keluar dan meninggalkan kesan yg jelas pada syiling ini.

    Bahagian belakang syiling 1998 ini tidak terjejas kerana gris hanya berada pada bahagian muka planchet

                 Strike through grease pada syiling 50 sen yg dipamirkan post terdahulu kelihatan berlainan kesannya.Ini bergantung pada jenis gris,suhu dan tekanan die semasa proses penempaan.

                   Syiling 20 siri Parlimen ini yg juga pernah dipamirkan ini lain pula kesannya.....