Ahad, 6 Mei 2012

ROLLING FOLD

           Syiling dalam kategori rolling fold error agak istimewa,ianya terjadi pada bahagian rim yg biasanya tidak begitu diberi perhatian dan error dalam kategori ini juga unik kerana melibatkan dua proses untuk menghasilkan syiling rolling fold error.
            Proses pertama ialah peringkat blanking iaitu proses awal yg membentuk upsetting rim,semasa proses ini rim pertama dibentuk bertujuan untuk menguatkan permukaan syiling supaya tidak "membesar" bila ditempa dgn kuat oleh die atas (hammer die) semasa proses penempaan syiling.Kerosakan pada die semasa proses blanking akan menghasilkan beberapa keping planchet yg rosak dibahagian hujung rim (mungkin spt finned rim).Bila planchet yg bersirip ini melalui proses penempaan syiling,bahagian hujung working die yg membentuk rim syiling akan menempa dan sekali gus melipatkan sirip yg ada pada planchet itu lalu membentuk rolling fold error.

     Dalam post yg lalu pernah dipamirkan penemuan syiling 10 sen 2011 rolling fold error,didapati denominasi 10 sen siri bunga raya banyak berkongsi sama dgn penemuan oleh blogger2 lain...

        Dipamirkan pula penemuan rolling fold error syiling 20 sen 2011 siri bunga raya.

  Pemerhatian pada bahagian sisi penting untuk menentukan samada syiling ini PMD atau MINT ERROR..Kesan seperti dihiris pada hujung syiling ini terjadi semasa proses blanking...

     Dua foto dari syiling yg sama ini jelas menampakkan kesan berlipat selepas dihentak oleh die atas semasa proses penempaan syiling.

       Syiling rolling fold error hanya terjadi pada sebelah permukaan syiling sahaja.Kesan pada bahagian muka syiling ini tidak kelihatan.

Pakar syiling error nucoins menjelaskan kategori rolling fold sebagai:
 Category location > Planchet errors >Damaged & Defective planchets > damaged planchet > punching & processing errors > rolling fold planchet ( AH refers)