Ahad, 2 Oktober 2011

CUD ERROR

"Cud",hanya satu tempat saja istilah ini digunakan pada asalnya,carian singkat dalam wikipedia menemui "cud" ini diistilahkan kepada makanan dalam perut lembu yg dikeluarkan untuk dimamah semula kali kedua.Bagi depankanta yg biasa dgn kehidupan kampung pernah juga tersua dgn lembu2 yg masih mengunyah pada waktu malam dalam gelap gelita..lembu sedang mengunyah"cud'!
         Bagaimana pula syiling error yg terdapat logam yg berlebihan(biasanya menyentuh bahagian rim) dipanggil cud error,tidak pula diterangkan oleh pakar2 numis.Cud error biasanya terjadi pada syiling yg ditempa dgn die yg rosak disebabkan sebahagiannya terserpih,ianya boleh terjadi pada die yg sudah lama retak atau pecah yg menyebabkan die crack atau die break errors.  Antara spesimen cud error yg jelas telah dipamirkan blogger numismatik mnfaj :http://mnfaj.blogspot.com/
       Depankanta juga memiliki sekeping syiling 5 sen 1993 yg boleh dikaitkan dgn cud error tapi terdapat sedikit kelainan pada spesimen yang dipamirkan ini.
 
                                  Bahagian belakang syiling terdapat beberapa lebihan logam

                           Bila ditelitikan ianya kelihatan seperti bonjol,perhatikan bahagian tepi rim yang masih elok

                              Bahagian muka syiling tiada kesan....

                                Bahagian edge syiling ini juga tidak terjejas....

     
     Pakar2 syiling error mungkin ada sesuatu untuk dikongsi berkaitan syiling ini....

4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Bagaimana dengan berat duit syiling berkenaan?
    Adakah ia sama dengan 5sen lain?

    BalasPadam
  2. Hi whycollect,
    Ya tak ya jugak..bagi cud error penting sekali dilihat pada perbezaan berat syiling yg sama.Nanti akan semak,sebenarnya depankanta belum ada alat timbang digital yg canggih.Kena tunggu sikit masa lagi..hehe
    Syiling diatas memang kelihatan agak meragukan kerana extra metalnya berbentuk berlainan dari cud error yg biasa dijumpai..
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  3. CUD Error ini tidak merupai ciri-ciri Major Die Crack! Obverse syiling ini tidak ada cekungan yg nyata.Sila periksa beratnya.

    BalasPadam
  4. Hi Mr Dickson,
    Nampaknya kena bawa syiling ni ke kedai emas utk timbang..haha
    Buat masa sekarang ni depankanta belum cukup peralatan numismtik utk membuat kerja2 kajian,nanti kalau dah ada rezeki boleh la dapatkan apa yg patut..
    Kalau ditelitikan syiling diatas memang agak berlainan sikit keadaannya,pandangan dan perkongsian kepakaran spt apa yg disampaikan oleh whycollect dan Mr Niew sgt2 membantu..
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson..

    BalasPadam