Selasa, 17 April 2012

1/4 SEN STRAITS SETTLEMENTS

     Denominasi yg paling kecil syiling yg pernah digunakan di Tanah air kita ialah 1/4 sen Queen Victoria pada era Straits Settlements yg dikeluarkan oleh East India Company.Syiling yg mula dikeluarkan pada tahun 1845 ini berakhir pada keluaran tahun 1901.Kemudian dikeluarkan pula syiling 1/4 sen King Edward V11 pada tahun 1904 dan diikuti 1/4 sen KGV pada tahun 1916.

          Terdapat dua rekabentuk bahagian muka syiling ini yg tertempa wajah Queen Victoria.Pertama keluaran pada tahun 1845 dgn rekabentuk oleh William wyon dgn wajah Queen yg lebih kecil,syiling versi ini dikeluarkan setahun sahaja dgn mintage sebanyak 34,327,000.Satu angka yg banyak pada masa itu tapi memadai untuk digunakan pada beberapa negara dalam terlibat dalam wilayah straits settlements..
    Pada tahun 1884 syiling2 1/4 sen sekali lagi ditempa dgn jumlah  8,000,000 keping dan sekali ini menggunakan rekabentuk oleh Leonard Charles Wyon dgn wajah Queen yg lebih besar.Selang 5 tahun kemudian iaitu pada tahun 1889 baru syiling2 ini dikeluarkan secara berterusan hingga tahun 1901.Syiling2 ini jika dilihat pada sudut sejarah ianya digunakan oleh penjajah untuk menggantikan pitis2 timah yg digunakan dikebanyakan negeri2 selat pada masa itu.
        Setelah pengeluaran syiling 1/4 sen siri QV ini dihentikan,ianya diganti dgn syiling 1/4 sen Edward V11 pada tahun 1904.Kemudian siri 1/4 sen KGV pula dikeluarkan pada tahun 1916.Mengikut catatan numista,syiling ini adalah yg terakhir bagi denominasi 1/4 sen.

    Sesuai dgn nilainya yg kecil,syiling ini juga diperkenalkan pada masyarakat kampung pada itu yang rata2 masih hidup secara bertani sara diri dan mengamalkan sistem pertukaran barang (barter trade) selain menggunakan wang pitis..Bila syiling2 dan wang kertas Straits Settlements mula digunakan secara meluas,beberapa sistem kewangan pula mula bertukar wajah,umpamanya di Kelantan dari kaedah penyimpanan di Bank Pitis bertukar kepada simpanan di Bank Kerapu yg bangunannya masih wujud hingga hari ini..Perubahan ini berlaku pada awal tahun 1900an...

              Sambil2 mencari syiling2 error,jika berkesempatan elok juga disimpan syiling2 klasik begini..Syiling 1/4 sen Queen Victoria 1901 dgn mintage 2.000.000 keping.

               Tentu sukar menemui syiling2 yg sudah berusia lebih 100 tahun ini,apalagi dalam gred yg cantik.

     Sisi syiling ini masih utuh cuma terdapat sedikit kesan calar kecil dan warna bronze juga telah berubah...

Mengikut rekod Numista tiga versi syiling ini dikeluarkan...Mungkin ianya untuk diedar di negara yg berlainan dalam Straits Settlements







5 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Pengumpulan syiling klasik akan tetap sebagai satu kategori numismatik malar hijau.
    Tumpuan kepada syiling klasik yang bergred tinggi boleh mendatangkan hasil yang lumayan dalam jangka masa panjang.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Sesiapa saja yg terlibat dgn bidang numismatik tidak dapat tidak akan jatuh hati dgn syiling2 klasik yg semakin sukar dijumpai.Kategori ini merupakan tarikan utama pada penggemar2 syiling.

      Depankanta berharap dapat lengkapkan set syiling keluaran era Straits Settlements dan lain2 syiling klasik sambil2 mencari syiling2 error.

      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam
    2. saye ade sekeping coin 1901 sye ingin menjual kepada yg berminat harga boleh di runding jika berminat sila hubungi sye di talian 01112860006.my name mr uda

      Padam
    3. saye ade sekeping coin victoria queen 1890 sye ingin menjual kepada yg berminat harga boleh di runding jika berminat sila hubungi sye di talian 0135172146 arif

      Padam
  2. Saya ada sekeping duit syiling 1/4 sen victoria queen tahun 1872. Berminat sila wasap +60 17 873 1442

    BalasPadam