Rabu, 9 Mei 2012

TWO OF A KIND

    Pengumpulan dan koleksi syiling syiling error semakin mendapat tempat dikalangan pengumpul sejak kebelakangan ini,sekiranya mengambil kira beberapa faktor spt jualan dan lelongan serta pamiran oleh blogger2 numismatik bidang syiling error sedang menuju arah kemajuan yg memberangsangkan.
            Pengumpulan syiling error mengikut kategori dan rarity mula diambil berat dan dgn panduan serta  komen2 oleh pakar2 dan pelawat akan menjadikan bidang ini lebih mantap serta setanding dgn numismatik negara2 lain.

        Penemuan sesekeping syiling yg kelihatan luar biasa sepatutnya diteliti terlebih dahulu bagi mengesahkan samada ianya PMD atau mint error.Bagi pelawat2 yg belum mengenali ciri2 syiling error agak terkeliru dgn situasi ini.Kaedah yg paling mudah ialah sekiranya anda menjumpai sekurang2nya dua keping syiling yg mempunyai ciri2 yg sama,secara umumnya tentu syiling2 ini bukan PMD...
        depankanta telah lama menyimpan dua keping syiling 20 sen 2011 yg mempunyai berbagai ciri2 yg sama.Cadangan asal adalah untuk terus memburu saki baki kawan2 syiling ini tapi memandangkan dah terlalu lama masa tidak juga muncul syiling ketiga,kita kongsi dulu dua keping syiling "TWO OF A KIND"ini...

                    Bahagian belakang syiling pertama 20 sen 2011...

            Syiling ke dua.....

                   Bahagian belakang kedua syiling berkenaan...

          Bahagian muka dua syiling berkenaan...Terdapat ciri2 die deterioration yg menjejaskan logam planchet sekitar tepak sireh....

             Kategori error pertama yg dikesan pada kedua syiling ini ialah repaired die error,garis berbentuk cakar ini sekiranya dijumpai pada sekeping syiling tentu kita menyangka ianya adalah buatan tangan diluar kilang(PMD), bila terdapat ciri2 yg sama terjadi pada lebih dari sekeping syiling tentu sesuatu telah terjadi pada die....

        Kategori kedua adalah finned rim,bila ada dua keping syiling yg terjadi begini kita dapat pastikan kategori error dgn jelas..

         Fenomena ketiga yg dapat dilihat ialah Pre-strike damage (PSD)...

        Persamaan keempat yg ada pada kedua syiling ini adalah Die clash error.....
Syiling2 error seumpama ini lebih bererti dan bernilai bila ianya dipasangkan dgn kembarnya,sekiranya hanya sekeping sahaja yg kita miliki keseronokan pun ada sedikit kurang!.haha..jadi penting juga kita memburu syiling2 "TWO OF A KIND"....

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Kamipun berpendapat cara 'two of a kind' ini merupakan satu cara yang senang untuk mengenalpasti samada sesuatu syiling adalah PMD atau tidak.
    Ia bukan sekadar untuk tujuan itu sahaja, malah menjadi satu galakan untuk kita berusaha mencari lebih banyak spesimen ynag mempunyai kecatatan yang serupa.
    Satu artikel yang menarik.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi whycollect,
      Adalah sukar untuk dipastikan sesekeping syiling yg ada kesan cakar spt syiling diatas samada ianya adalah PMD atau error,namun bila dijumpai sekurang2nya dua keping,pasti kita yakin ianya adalah syiling error..
      Walaupun kaedah ini agak "keanakan"tapi ianya berkesan untuk mencari syiling error secara cepat..Untuk kepastian sebenar bukti secara saintifik tetap perlu dan beberapa peralatan dapat membantu mengesahkan error berkenaan...
      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam