Sabtu, 31 Mac 2012

WAU BULAN


Wau bulan merupakan permainan tradisi rakyat Kelantan yang diabadikan sebagai imej tradisi pada  bahagian muka syiling 50 sen Malaysia siri bunga raya.Permainan yg pernah memeriahkan padang2,pantai dan ditanah bendang Kelantan ini kini hanya dapat dilihat sebagai seni warisan yg dibuat untuk dipamirkan sahaja,kalau ada pun yg dilayangkan dapat dilihat hanya pada musim2 pesta.

            Santai dihujung minggu lalu,depankanta sempat menemui seorang kawan lama yg mengushakan wau bulan untuk dinaikan/dilayang.Buatan wau ini agak rumit berbanding dengan wau untuk hiasan yg hanya menitik beratkan bentuk,warna dan corak sahaja.Wau untuk dinaikkan banyak melibatkan kiraan fizik semasa membuatnya.

         Walaupun rakan depankanta ini seorang yg pekak dan bisu sejak kecil namun kemampuannya dapat menyempurnakan wau bulan sangat mengkagumkan.Semua aspek kerangka  wau yg dibuat dari buluh perlu diukur dan mengambil kira berat bagi memberi keimbangan pada wau.

                                      Ketinggian wau ini mencecah 7 kaki......

                         

            Ku Alam,nama rakan depankanta dari kg Kubang Bemban,Pasir Mas sedang bergaya dgn wau yg baru disiapkan..
 


  Walaupun Ku Alam seoarang yg cacat pertuturan(bisu) dan pekak namun kebolehannya membuat perhitungan keseimbangan saiz dan berat pada setiap wau ini adalah sangat mengkagumkan.

               Busur wau memainkan peranan untuk mengeuarkan bunyi yg unik semasa wau melayang2 diudara, ianya dapat didengar hingga 2-3 km...Tali nylon atau tali belon biasanya digunakan untuk naikkan wau yg bersaiz besar


                                Bahagian hujung busur wau yg dibuat dari kayu pokok pinang

Tali teraju...


                                  Antara koleksi wau Ku Alam yg paling besar....


                               Masih belum siap...........
       Sayangnya sekarang bukan musim untuk naikkan wau yg biasanya pada musim selepas menuai padi,


                Ku Alam sedang meraut bilah batang buluh untuk membuat kerangka wau bulan

             Dikalangan ahli pembuat wau,mereka menggunakan pisau khas untuk meraut batang buluh,pisau yg berhulu panjang ini dikenali dgn "pisau raut"...
    Ku Alam sedang memperagakan kerangka wau yg masih belum lengkap sepenuhnya....

                      Dari percakapan dgn beberapa orang peminat wau,depankanta dapat memberi sedikit istilah yg biasa disebut pada setiap bahagian wau,mungkin ini akan memudahkan pengumpul untuk berbicara tentang syiling 50 sen Malaysia siri bunga raya.....
 
     WAU BULE EH WAU BULE....WAU BULE TERAJU TIGO....
                                           "SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU"...

6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Bila pegang syiling 50sen siri Bunga Raya, pasti ingat wau terkenal di negara kita.
    Nampaknya rekabentuk wau di atas syiling 50sen juga merupakan yang menarik sekali di dalam siri syiling Bunga Raya.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    Betul sekali kata whycollect tu,sayangnya ciri2 tradisional begini tidak lagi ditonjolkan pada syiling siri ketiga kita.Walaupun diseluruh dunia juga ada memiliki permainan wau masing2 tapi wau kita lebih unik rekabentuknya..

    Tepat sekali bila wau ini diabadikan pada syiling 50 sen siri bunga raya,namun bila siri baru keluar dgn wajah barunya kita hanya mampu menerima dan depankanta pula bersiap-sedia utk mengutip syiling2 error utk dikongsi bersama...

    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  3. ejas vi alamat kito admin..nok g tgk wau bulan..nok gi bljar sikit sbyok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakan depankanta yang membuat wau ini hanya mengusahakannya sebagai hobi, beliau tinggal di kg Kubang Bemban Pasir Mas,berhampiran pondok tuan guru hj abd ghani..Jika tuan berminat untuk melihat waunya boleh terus kesana..

      Terima kasih

      Padam
    2. askm,saudara ni ambil tempahan x

      Padam
    3. W'Salam sdr mkhairi,
      memandangkan pengusaha wau diatas adalah seorang OKU (bisu dan pekak) agak sukar untuk membuat tempahan. Biasanya beliau buat mengikut kemahuannya dan pelanggan akan datang melihat dan membelinya terus. Kebanyakan pelanggan adalah pengusaha kedai makan yang akan pamirkan sebagai hiasan dikedai mereka...Terima kasih tuan

      Padam