Jumaat, 13 April 2012

CIKGU FAUZI PANDAI BESI


       Pandai besi merupakan satu gelaran bagi individu yang terkenal dan mahir di dalam bidang pertukangan besi. Seseorang yang menunjukkan ketokohan dan terbukti kebolehan biasanya diakui sebagai pakar di dalam bidang tersebut. Kemahiran "Pandai Besi" tertumpu kepada usaha menempa senjata tradisonal seperti keris, kelewang chalung, parang, pedang dan sebagainya di samping menghasilkan peralatan pertanian tradisional. Peralatan menempa, motif dan ragam pertukangan serta cara membentuk senjata memperlihatkan kepakaran "Pandai Besi" itu sendiri.


             Santai dihujung minggu ini depankanta utarakan seni pertukangan besi di bengkel Cikgu Fauzi...
                   
                       Terletak di Kampong Hutan Pasir hanya beberapa kilometer dari pekan Ketereh,Kota Bharu,Kelantan.Dari jalan utama kg. berkenaan kelihatan papan tanda berhampiran kediaman Cikgu Fauzi..Bengkelnya terletak hanya dibelakang kediamannya ini....

        Pelanggan biasanya membawa sendiri besi2 yg ingin ditempa..Besi2 yg keras biasanya menjadi pilihan.

             Sekiranya pelanggan tidak membawa contoh bentuk peralatan,disini ada menyediakan berbagai sampel yg boleh dipilih...

                    Cikgu Fauzi merupakan pesara guru yg memilih bidang warisan tradisi keluarga ini untuk meneruskan kerjayanya...Kerja2 menempa besi dimulakan dengan membakar besi tersebut dalam dapur arang yg ditiup dgn blower letrik...

             Setelah besi tersebut menjadi lembut oleh kepanasan yg tinggi,cikgu Fauzi akan mula menempa mengikut bentuk yg ditempah...

           Bagi besi2 yg terlalu keras,hydraulic hammer akan digunakan untuk mengetuk besi bagi meleperkannya...Ketukan kuat mesin ini boleh menggegarkan tapak bengkel ini...

       Walaupun mesin yg berat digunakan tapi pembentukan sebenar akan dibuat ketukan secara manual...

      Beginilah keadaan dua bilah golok yg baru siap ditempa...Keadaan masih terlalu panas..

           Seterusnya kerja-kerja mencanai golok tersebut bagi membentuk mata dan melicinkan permukaan golok...

Proses akhir dan penting dalam pembuatan peralatan tajam spt golok ini ialah proses menyepuh..Kemahiran yg tinggi diperlukan untuk proses menyepuh ini bagi menentukan ketajaman dan kualiti peralatan.

Mengikut Kamus Dewan, sepuh bermaksud "mengeraskan besi dengan membakar dan mencelupkan dalam air". Bagi senjata yang memerlukan ketajaman mata seperti pisau melapah, disamping penggunaan besi baja yang berkualiti kemahiran menyepuh oleh tukang juga menjadi faktor penting. Besi yang dibakar pada suhu tinggi akan dicelup ke dalam air berdasarkan warna pada besi yang sedang terbakar. Antara bahan yang menjadi celupan ialah air, air tanah liat dan minyak hitam. Kepakaran seorang tukang besi akan lebih terserlah jika ia mahir dalam kerja-kerja menyepuh. Ini kerana dalam kontek pembuatan senjata tradisional tukang-tukang tidak mempunyai alat bagi menyukat suhu yang tepat semasa menyepuh. Mereka hanya membuat agakan berdasarkan warna besi yang terbakar, sama ada biru, putih, kuning atau pun merah.


                      Sebaik selesai menyepuh cikgu Fauzi akan mengasah golok tersebut sebagai proses akhir sebelum diuji dan diserah pada pelanggan...

                Antara koleksi hasil tangan cikgu Fauzi yg sempat dirakam...Pisau melapah daging dgn sarung berbentuk ikan arowana...Yg ini paling menarik minat depankanta..

                   Beberapa senjata/peralatan kebun yg sekarang banyak ditempah untuk  dijadikan hiasan dinding rumah...Harga yg ditawarkan oleh cikgu Fauzi sangat berpatutan dan sekiranya pelanggan ingin menunggu dan melihat sendiri cikgu Fauzi menempa peralatan yg ditempah,boleh berbincang masa yg sesuai dgn cikgu Fauzi ditalian 012-9287519

               Selamat bercuti dihujung minggu....

14 ulasan:

  1. Wow, sangat kreatif.
    Memang bakat yang menakjubkan.
    Terima kasih banyak kerana memperkenalkan Cikgu Fauzi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Terdapat beberapa persamaan antara kerja pertukangan besi ini dgn proses pembuatan working die,kalau tak silap die juga akan melalui proses "sepuh"yg dibuat untuk memastikan kekuatan die supaya tahan lama cuma ianya menggunakan mesin yg berteknologi tinggi...

      Kesangupan cikgu Fauzi meneruskan kerja2 tradisi keluarga ini sangat mengkagumkan.Walaupun beliau seorang pesara guru tapi masih sanggup membuat kerja2 kasar spt ini..
      Terima kasih banyak2 whycollect..

      Padam
  2. Balasan
    1. Hi Mr Dickson,
      Memang sarung arowana ini akan memikat sesiapa saja yg memandangnya terutama peminat2 seni ukir.
      Mengikut cikgu Fauzi,pasau arowana ini sedang menjadi kegemaran sekarang..Nampaknya apa saja yg berkaitan dgn Arowana akan cun dan harga pun agak cun...haha
      Terima kasih banyak2 Mr Dickson..

      Padam
    2. cikgu....kagum

      Padam
    3. Salam Anonymous,
      Ya,cikgu Fauzi adalah pesara guru.Jarang kita jumpa pesara2 guru @ pesara2 yg sanggup melakukan kerja2 berat spt ini..Cikgu Fauzi sanggup untuk mengekalkan warisan kemahiran yg tidak ternilai ini..

      Terima kasih anonymous..

      Padam
  3. macam mana nak dapatkan mesin penempa besi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan boleh bertanya lanjut terus pada cikgu Fauzi ditalian 012-9287519,dia peramah orangnya...(waktu awal malam mungkin dia free)..tq

      Padam
  4. salam.. saya pelajar dari uitm.. saya ingin membuat kajian tentang pertukangan besi dan saya berminat untuk menemu ramah dan berjumpa dengan cikgu fauzi..bagaimana saya boleh berhubung dengan cikgu fauzi??

    BalasPadam
  5. salam.. saya pelajar dari uitm.. saya ingin membuat kajian tentang pertukangan besi dan saya berminat untuk menemu ramah dan berjumpa dengan cikgu fauzi..bagaimana saya boleh berhubung dengan cikgu fauzi??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila hubungi no ni 0129287519 atau 0196692775

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. saya nak tanya alamat tempat ini dimana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kg. Hutan pasir, 16450 ketereh, kota Bharu, Kelantan..

      Padam