Ahad, 15 April 2012

5 SEN S3M DIE CLASH (O&R)

         Die clash error adalah berkait rapat dengan jenis mesin dan teknologi yg digunakan untuk menempa syiling.Jarang sekali dapat kita lihat syiling luar negara yg dijumpai die clash error terjadi pada kedua permukaan syiling.Die clash boleh terjadi pada kedua permukaan syiling kerana kedudukan chamber dan planchet yg berpusing sedangkan kedua die tetap ditempat yg sama.Syiling Malaysia siri ketiga masih menggunakan teknologi spt ini bila dijumpai syiling die clash error pada kedua permukaan.

        Setelah berbagai blog pengumpul syiling pamirkan penemuan syiling2 die clash error pada siri pertama (Parlimen) dan siri kedua (Bunga raya), kini sebagai membuka tirai die clash bagi siri ketiga (s3M) depankanta pamirkan penemuan sekeping syiling 5 sen 2012 dengan jelas memperlihatkan kesan die clash error pada kedua permukaan syiling Obverse dan Reverse.

              Bahagian belakang syiling 5 sen 2012 jelas menampakkan imej ghostly kesan dari die clash....

          Imej Garis mendatar dari bahagian muka syiling dapat dilihat dibelakang syiling...

       Sementara imej ghostly destar siga muncul dibawah bunga raya....


         Bahagian muka syiling juga memperlihatkan kesan die clash error....

       Imej ghostly bunga raya dapat dilihat dgn jelas berada dibawah destar siga

           Sementara imej angka "5" berada dibawah garis mendatar yg melambangkan prinsip2 Rukun Negara

6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Tahniah, satu penemuan yang elok.
    Kesan die clash nampak jelas di kedua-dua permukaan.
    Ya, betul penjelasan depankanta.
    Kecacatan ini agak ketara juga pada syiling 5sen kedua-dua siri yang lepas.
    Terima kasih banyak, depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Nampaknya kesemua errors yg popular pada syiling moden Malaysia telah dijumpai pada s3M cuma yg belum kelihatan syiling rotated die error,mungkin juga ianya tidak lagi terjadi berikut perubahan pada mesin yg digunakan sebagaimana yg pernah dinyatakan oleh Mr Dickson..Apapun kita sama2 tunggu dan lihat..

      Terima kasih banyak2 whycollect..

      Padam
  2. wah tahniah, jumpa sudah duit error... Kesan die clash nampak jelas di kedua-dua permukaan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sdr Bekok,
      Syiling s3M nampaknya tidak terlepas dari terjadi berbagai kategori errors,ianya terus berlaku dan berlaku.Fenomena ini adalah perkara biasa dalam proses penyilingan cuma minor dan major yg menjadi ukuran...

      Terima kasih banyak2 sdr Bekok..

      Padam
  3. Berapa ribu biji M3S/S3M syiling sudah diteliti! Asyik jumpa saja error-error S3M,jealous lah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mr Dickson,
      tak kan sampai ribu2,nak dapat sikit pun susah!,haha...Cuma syiling2 error dah jadi jinak dgn depankanta,malangnya semuanya yg datang kebanyakannya minor saja.Yg major dah kena tangkap oleh Mr Dickson.

      Syiling s3M die clash ini sebenarnya diperolehi dari kiriman kawan2 sekitar Lembah Kelang,ini bererti syiling2 yg sama batch dgn yg ini masih berada sekitar disana..

      Terima kasih banyak2 Mr Dickson..(telah beberapa kali depankanta cuba komen dlm blog Mr Dickson tapi tak kesampaian,tak tau kenapa?)

      Padam